Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anwar lawat S’pura, hadir sidang Milken

Sep 12, 2023 | 07:05 PM



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan melawat Singapura pada Rabu untuk menyampaikan ucapan di satu sidang puncak antarabangsa.

Semasa lawatannya, Datuk Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan menghadiri jamuan teh dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isteri, Cik Ho Ching.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, akan berucap di Sidang Puncak Asia Institut Milken 2023, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa.

Penceramah terkenal lain pada sidang puncak tiga hari itu termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, Encik Lawrence Wong; Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr; Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Cik Gina Raimondo; pelakon Hollywood asal Vietnam, Encik Ke Huy Quan; dan ketua pegawai eksekutif McLaren Racing, Encik Zak Brown.

Institut Milken ialah badan pemikir bukan mencari keuntungan dan bukan partisan yang memberi tumpuan terhadap mempercepatkan kemajuan dalam laluan ke arah kehidupan yang bermakna.

Dengan tumpuan pada kesihatan kewangan, fizikal, mental dan alam sekitar, ia bertujuan mengumpulkan idea terbaik dan sumber inovatif untuk membangunkan pelan tindakan bagi menangani beberapa isu global paling kritikal di dunia.

Semasa lawatannya, Datuk Anwar akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ini merupakan lawatan kedua Datuk Anwar ke Singapura sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Beliau melakukan lawatan rasmi pertamanya pada 30 Januari untuk bertemu Encik Lee dan Presiden Halimah Yacob.

Semasa lawatan itu, Datuk Anwar dan Encik Lee turut menyaksikan penandatanganan tiga persetujuan untuk mendalami kerjasama digital, ekonomi hijau dan untuk bekerjasama lebih rapat dalam perlindungan data serta keselamatan siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >