Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu beri penerangan kepada pelanggan di pasar raya

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



BARU sejam selepas Skim Baucar CDC 2023 dilancarkan kelmarin, juruwang di pasar raya NTUC FairPrice cawangan Kampong Admiralty, Cik Nur Alisha Bachik, sibuk tidak henti-henti menerangkan tentang baucar itu kepada pelanggan.



Mereka antara lain ingin tahu bagaimana mereka boleh menggunakan baucar itu di pasar raya.



Ini kerana sebelum ini Baucar CDC hanya boleh digunakan di kedai kejiranan dan gerai penjaja sahaja.



Namun, ibu seorang anak berumur sembilan tahun itu tidak menganggapnya sebagai tugas tambahan.



Sebaliknya, beliau seronok menjelaskan tentang baucar tersebut kepada pelanggan, kadangkala dalam bahasa Mandarin dan Melayu selain bahasa Inggeris, mengikut keselesaan pelanggan.



Cik Alisha, 46 tahun, juga bersemangat memberitahu pelanggan tentang tawaran NTUC FairPrice yang memberikan baucar FairPrice bernilai $6 apabila pelanggan membelanjakan minimum $55 daripada Baucar CDC mereka dalam satu transaksi hingga 15 Januari ini.



"Di Kampong Admiralty ini, kebanyakan pelanggan kami merupakan warga emas, jadi saya rasa saya perlu mainkan peranan aktif membimbing mereka dan mengingatkan mereka bagaimana untuk menggunakan Baucar CDC ini.



"Dengan baucar ini kini boleh digunakan untuk berbelanja di pasar raya, ini dapat membantu dengan perbelanjaan barang dapur dan tentunya dapat memberi manfaat kepada semua warga Singapura, termasuk saya," ujarnya sambil menambah, ibunya juga amat teruja Baucar CDC itu kini dapat digunakan di pasar raya.



Cik Alisha yang sudah berkhidmat di pasar raya itu selama dua tahun, selepas tujuh tahun tidak bekerja untuk menjaga anaknya, juga rasa senang Baucar CDC itu amat mudah digunakan, dengan beliau bersama juruwang lain telah menjalani latihan sebelum ini. - ERVINA MOHD JAMIL




BAUCAR CDC 2023



Setiap isi rumah warga Singapura akan menerima Baucar CDC berjumlah $300



- $150 untuk digunakan di gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian



- $150 untuk digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian



- Baucar CDC 2023 perlu digunakan selewat-lewatnya 31 Disember 2023



Cara Tuntut Baucar CDC 2023



1) Lungsuri go.gov.sg/cdcv dan klik pada 'CDC Vouchers 2023' (Baucar CDC 2023).



2) Log masuk dengan Singpass; hanya seorang anggota isi rumah perlu perlu melakukannya bagi pihak isi rumah itu.



3) Dapatkan pautan Baucar CDC anda melalui SMS; hantar pautan itu kepada anggota isi rumah lain untuk kongsi baucar itu dengan mereka.



Cara Gunakan Baucar CDC 2023



1) Pilih baucar yang ingin digunakan - bagi gerai penjaja dan kedai kejiranan atau bagi pasar raya



2) Pilih jumlah untuk digunakan dan kemudian klik 'Show voucher' (Tunjuk baucar).



3) Tunjuk kod QR kepada penjaja, pekedai atau juruwang; mereka akan mengimbas kod QR itu bagi bayaran.



Jika anda tidak mempunyai telefon bijak, Singpass atau memerlukan bantuan, kunjungi kelab masyarakat yang terdekat atau hubungi talian Persatuan Rakyat (PA) di 6225-5322.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >