Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Beralih kerjaya untuk 'lebih dekat dengan alam semula jadi'

Dec 13, 2022 | 05:30 AM



SETELAH tamat pengajiannya dalam Kursus Nitec Tinggi dalam Perakaunan pada tahun 2014, Encik Muhammad Affandi Anuar tergerak menceburi industri yang berlainan.



Sering menghabiskan masanya di hutan semula jadi tempatan, Encik Muhammad Affandi Anuar sentiasa tertarik dengan bunga dan fauna yang ditawarkan Singapura.



Berminat untuk menceburi bidang tersebut, beliau mengorak langkah untuk bekerja di Lembaga Taman Negara (NParks).



Namun disebabkan beliau beralih kepada industri berlainan, Encik Affandi berkata beliau memilih untuk meningkatkan ilmu dalam bidang baru ini.



Encik Affandi, 31 tahun mengorak langkah berani dengan mengikuti Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) dalam bidang Arborikultur dan Hortikultur pada 2020.



Walaupun pernah mengikuti Diploma Pengurusan Landskap (Taman, Rizab dan Taman) di Pusat Kehijauan dan Ekologi Bandar (CUGE) bersama Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) sebelum ini, Encik Affandi berkata adalah penting baginya untuk memastikan beliau pelajari tentang perkembangan terkini.



"Sekarang teknologi sudah banyak berubah. Ini bukan sahaja dari segi melakukan kerja seharian tetapi juga untuk projek skala besar seperti menjaga bunga dan fauna di rizab alam semula jadi tempatan di sini.



"Jadi saya rasa ia penting bagi saya untuk terus pelajari tentang peralatan atau teknologi terkini untuk memastikan kita dapat mengekalkan kehijauan di sini untuk dinikmati semua," kata Encik Affandi yang merupakan seorang pegawai dalam bahagian pemuliharaan.



Semasa tahun pertama pengajiannya di bawah WSDip, Encik Affandi mengusahakan projek untuk melestarikan kehijauan taman-taman negara.



Dinamakan Smart Nursery, Encik Affandi bersama Encik Heng Joo Huat telah membangunkan tapak semaian untuk memupuk jenis anak benih tumbuhan yang betul, yang kemudiannya akan ditanam di Taman Alam Thomson.



Dengan projek ini, ia dapat membantu mengurangkan kakitangan untuk bergantung pada tapak semaian di luar tapak itu.



Smart Nursery menggunakan sistem pengairan pintar, sistem inventori tumbuhan berasaskan awan dan penggunaan kod QR untuk penandaan dan penjejakan daripada stok tumbuhan.



"Mencari sumber tumbuhan dan pokok yang betul adalah penting kerana ini adalah sumber makanan untuk hidupan liar asli di Taman Alam Thomson dan Tadahan Tengah yang berdekatan rizab alam semula jadi.



"Oleh itu, sekiranya kita dapat mengautomasikan proses-proses seperti pengairan benih atau menggunakan lampu warna tertentu untuk mempercepatkan pertumbuhan benih, kita dapat melakukannya dengan lebih cekap," katanya.



Encik Affandi ialah pemenang Pingat Kursus Emas untuk WSDip dalam Arborikultur & Hortikultur.



Mengulas tentang pencapaiannya, Encik Affandi berkata:



"Ramai telah menyokong dan mendorong saya sejak hari pertama. Ini termasuk isteri saya, dan juga rakan kerja saya. Tanpa sokongan mereka, saya mungkin tidak dapat mencapai kecemerlangan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >