Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buat persediaan awal gerai ditutup

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah mengumumkan penutupan Pusat Makanan Seah Im (SIFC), selama enam bulan mulai September tahun ini untuk kerja-kerja peningkatan. Menjelang penutupan itu, BERITA HARIAN menemu bual dengan beberapa penjaja di situ untuk mengetahui tentang rancangan mereka yang akan datang dan keprihatinan mereka apabila makanan pusat makanan itu ditutup pada September bagi kerja-kerja peningkatan.




TEMPOH penutupan Pusat Makanan Seah Im (SIFC) memang dialu-alu, meskipun masanya kini mungkin kurang sesuai dengan perniagaan umumnya baru mula pulih dari kesan pandemik Covid-19.



Namun, pengurus Aspirasi Chicken Rice and House of Cutlet dan Aspirasi Food Galore, Encik Abdul Razak Abdullah, berkata daripada mengeluh, sebagai peniaga beliau harus menyesuaikan diri dan membuat persiapan.



Persiapan itu telah pun beliau rancangkan sejak rancangan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk menutup SIFC bagi kerja-kerja peningkatan dimaklumkan kepada para pegerai sekitar dua tahun lalu.



Bagi Encik Abdul Razak, beliau telah membuat persiapan bagi kededua gerai Aspirasi di SIFC untuk berhenti beroperasi pada 25 Ogos, dan kakitangannya akan dikerahkan ke cawangan lain di Pusat Penjaja Maxwell dan dapur pusat di Ubi.



"Buat tempoh enam bulan ini, mereka boleh membantu operasi di cawangan kami di Maxwell dan juga dapur pusat. Sekurang-kurangnya kami dapat terus menggajikan mereka dan mereka juga dapat menyokong operasi kami yang lain," ujarnya.



Menurut Encik Abdul Razak, cawangan di Maxwell Road itu menjual hidangan seperti nasi ayam manakala dapur pusat Aspirasi pula merupakan dapur bagi menyediakan hidangan bagi perkhidmatan katering untuk acara korporat, majlis perkahwinan dan juga acara kecil-kecilan.



"Mujur kami ada pengalaman luas dalam bidang niaga F&B ini, dan dapat merancang dan mengerahkan sumber bagi keperluan perniagaan yang lain," ujarnya lagi, yang sudah berpengalaman lebih dua dekad dalam sektor makanan dan minuman itu.



Encik Abdul Razak berkata kerja-kerja peningkatan itu juga memberi peluang pemilik gerai dan peniaga memberi maklum balas kepada SLA bagi peningkatan yang ingin mereka lihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >