Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB giat operasi dalam 'keadaan dadah makin teruk' di dunia, serantau

Susuli rampasan terbesar ganja dalam masa 25 tahun, terbesar heroin dalam 14 tahun
Apr 22, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN pengarah Biro Narkotik Pusat (CNB) (dasar dan pentadbiran), Penolong Pesuruhjaya Sng Chern Hong berkata "keadaan dadah semakin teruk" di seluruh dunia dan di rantau ini.



Menyatakan bahawa sindiket pengedaran dadah telah menukar modus operandi mereka untuk disesuaikan dengan pandemik Covid-19, Penolong Pesuruhjaya Sng berkata:



"Kami telah melihat rampasan atau penyeludupan menerusi buah-buahan. Malah mereka sedang menggunakan dron, dan kami mempunyai sindiket yang cuba mencari cara supaya dapat mengatasi sistem.



"Tetapi tidak kira bagaimana mereka berubah, kami bekerja rapat bersama rakan sejawat kami, sama ada ia mengenai mempertingkat pemeriksaan atau mempertingkat risikan."



Beliau mengatakan demikian sedang CNB merampas jumlah tertinggi ganja dan heroin baru-baru ini.



Lebih 40 kilogram dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih $2.3 juta telah dirampas oleh CNB dalam satu operasi pada Jumaat lalu.



Ini termasuk sekitar 23.6 kilogram ganja - jumlah tertinggi dalam 25 tahun - dan 16.5 kg heroin, jumlah tertinggi dalam 14 tahun.



Sebelum ini, rampasan terbesar ganja di sini adalah 33.4 kg pada 1996. Ini diikuti rampasan terbesar heroin, iaitu 34.8 kg, pada 2001.



Dalam operasi pada 16 April itu, CNB juga merampas 2 kg Ice dan sekitar 110 tablet Ecstasy.



Menurut CNB, dadah yang dirampas, dianggarkan bernilai lebih $2.3 juta, mampu memenuhi ketagihan lebih 12,400 penyalahguna dadah selama seminggu, lapor The New Paper.



Suspek yang ditangkap adalah warga Malaysia berusia 22 tahun.



Dia ditangkap di tingkat pertama sebuah blok perumahan di Choa Chu Kang Avenue 4.



Empat ikatan bungkusan ganja seberat sekitar 3.9 kilogram ditemui dengannya.



Pegawai CNB merampas lagi lapan bungkusan heroin, dua bungkusan Ice dan tablet Ecstasy dalam bilik tidurnya.



Lagi 27 bungkusan heroin dan 20 bungkusan ganja ditemui dalam beg-beg di bilik stor.



Superintenden Aaron Tang, pengarah divisyen risikan CNB, berkata jumlah dadah yang dirampas cukup untuk digunakan 7,880 penyalah guna heroin, 1,160 penyalah guna Ice dan 3,380 penyalah guna ganja selama seminggu.



Siasatan terhadap kegiatan dadah suspek sedang dijalankan.



Ketika ditanya tentang permintaan buat dadah haram di Singapura, Penolong Pesuruhjaya Sng berkata tiada perubahan yang besar.



"Jika anda lihat statistik dadah yang kami keluarkan awal tahun ini, dari segi penyalah guna dadah yang diberkas, terdapat kemerosoton berbanding tahun lalu, tetapi itu juga sebahagiannya disebabkan Covid-19.



"Dari segi tren, kami tidak melihat perubahan besar berbanding tahun lalu.



"Sementara angkanya telah menurun, kami sedang melihat...jumlah penyalah guna muda - ia masih sekitar 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penyalah guna dadah yang diberkas. Kami tidak melihat sebarang perubahan besar, tetapi kami akan memantau keadaan."



Menekankan mengapa Singapura perlu kekal berjaga-jaga, Superintenden Tang berkata negara ini dikelilingi daerah bekalan dadah besar, dan sentiasa terdapat ancaman dadah di Singapura.



Sementara sindiket pengedaran dadah telah menggunakan pelbagai cara baru untuk mengatasi norma baru yang disebabkan oleh Covid-19, beliau berkata CNB akan kekal tangkas dalam menangani cabaran dan taktik yang berubah-ubah itu.




HALANG DADAH DARI DISEBAR



"Operasi rampasan dadah itu menghalang jumlah besar dadah daripada disebarkan dalam Singapura dan memudaratkan lebih ramai orang. Sindiket dadah terus mengambil peluang mereka untuk menyeludup dadah ke dalam Singapura, untuk mengaup keuntungan daripada ketagihan dan kesengsaraan penyalah guna dadah."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >