Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Daya Penghasilan Nasional boleh diguna tarik pelaburan bermutu ke S’pura

Aug 03, 2023 | 08:02 PM



Dana Daya Penghasilan Nasional (NPF) sekarang boleh digunakan untuk menarik pelaburan bermutu ke Singapura.

Ini setelah Rang Undang-Undang (Pindaan) Dana Daya Penghasilan Nasional diluluskan Parlimen pada Khamis.

Dengan kelulusan rang tersebut, ini bermakna NPF kini boleh digunakan untuk menyokong ketiga-tiga mata serampang strategi pertumbuhan ekonomi Singapura – menarik pelaburan sempadan; membangun dan mengubah perusahaan tempatan dalam pengilangan termaju; dan mengembangkan bakat dalam bidang tersebut.

Menjelaskan hal itu, Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Chee Hong Tat, berkata penggalakan pelaburan menjadi asas pertumbuhan ekonomi Singapura selama ini.

Sejak tahun-tahun awal pembangunan Singapura, pemerintah sedar bahawa perindustrian dan pelaburan pesat daripada perusahaan berbilang negara (MNE) diperlukan untuk menyediakan pekerjaan kepada sejumlah besar pekerja yang menganggur ketika itu.

Hari ini, Singapura merupakan hab serantau dan global bagi banyak MNE, namun ini tidak boleh diambil sambil lewa.

“Banyak negara sedang menggiatkan usaha mereka untuk menarik pelaburan baru, terutamanya dalam sektor strategik seperti semikonduktor dan pembuatan bioperubatan.

“Beberapa negara juga telah mengumumkan insentif lumayan untuk menambat aktiviti perkilangan di negara mereka,” kata Encik Chee.

Memberi contoh, beliau berkata Amerika Syarikat telah mengetepikan $69 bilion untuk menyokong penghasilan, kajian dan penyelidikan serta pembangunan tenaga kerja semikonduktor.

India pula telah mengumumkan pakej serupa bernilai $13 bilion.

“Kita tidak dapat, dan tidak harus cuba mengatasi ekonomi utama sedemikian dari segi perbelanjaan, tetapi kita mesti melakukan lebih banyak untuk memastikan Singapura kekal kompetitif dan relevan pada peringkat global.

“Oleh itu, kita mesti menggandakan usaha produktiviti kita dan memastikan tenaga kerja kita kekal berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

“Hanya dengan itu kita boleh kekal menarik kepada pelabur asing, mengembangkan syarikat tempatan yang kukuh yang boleh berjaya dalam pasaran domestik dan luar negara, dan memastikan Singapura kekal sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan dan bakat,” ujar Encik Chee.

Encik Shahrael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) semasa membahaskan usul yang dibentangkan berkata persekitaran dasar Singapura yang stabil dan dipercayai serta akses kepada bakat global telah menarik banyak MNE dalam sektor seperti minyak, kewangan, elektronik dan farmaseutikal.

Namun, ketegangan geopolitik antara Amerika dan China boleh menggugat trend pelaburan ini.

“Cara terbaik menangani ketidakpastian geopolitik, peningkatan persaingan dan tekanan kos ialah dengan Singapura terus menjadi destinasi pelaburan yang boleh dipercayai, kekal terbuka dan meningkatkan produktiviti jangka panjang dan daya saing global perusahaan kami,” kata Encik Shahrael.

Beliau turut bertanya bagaimana pemerintah akan memastikan dana yang ada digunakan dengan efektif dan tidak disalah guna.

Encik Chee berkata: “Kita akan menggunakan dana NPF untuk menambat pelaburan bermutu daripada syarikat terbaik dan sektor pertumbuhan tinggi dan nilai tambah tinggi, termasuk perkilangan termaju, ekonomi hijau dan ekonomi digital.

“Ini termasuk menarik MNE membuat pelaburan signifikan baru untuk mewujudkan pekerjaan baik di Singapura, menyediakan latihan bagi pekerja kita dan bekerjasama dengan perusahaan tempatan.

“Semua ini akan ditambah dengan analisis kos-manfaat mantap untuk memastikan nilai yang dibawa oleh MNE ini kepada Singapura mengatasi insentif yang diberi kepada mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >