Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dekan baru bagi dua fakulti NUS

NUS
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS pencarian global bagi dekan baru untuk Fakulti Undang-Undang di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Andrew Simester, yang telah berkhidmat dengan fakulti itu sejak 2006, akan mengambil alih Januari tahun depan daripada Profesor Simon Chesterman, yang berkhidmat sebagai dekan sejak 2012.



Dalam satu kenyataan semalam, Profesor Simester berkata: "Saya berharap dapat bekerjasama dengan pelajar, rakan sekerja, alumni dan komuniti undang-undang dengan lebih meluas di Singapura untuk membina kejayaan kami dan menyasarkan lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang," katanya.



Profesor Simester, yang pernah memegang jawatan pengajar di Universiti Cambridge dan Universiti Nottingham di England, kini mengajar kursus berkaitan undang-undang jenayah dan teori di NUS.



Pusat Pengajian Pengkomputeran NUS juga akan mendapat dekan baru.



Pada Mac tahun lepas, NUS mengumumkan bahawa Profesor Hans Tjio akan mengambil alih sebagai dekan fakulti. Namun, atas alasan perubatan, Profesor Tjio melepaskan pelantikan itu dua minggu selepas pengumuman tersebut, yang telah mencetuskan pencarian global untuk dekan baharu.



Profesor Tan Kian Lee akan mengambil alih daripada Profesor Mohan Kankanhalli sebagai dekan mulai Januari tahun depan.



Profesor Tan adalah ketua jabatan sains komputer NUS dari 2014 hingga 2020.



Penyelidikannya berfokus pada isu yang berkaitan dengan mengurus dan menganalisis data besar, atau set data yang kompleks.



Beliau adalah penerima Anugerah Penyelidik Universiti Cemerlang NUS pada 1998 dan penerima bersama Anugerah Sains Presiden Singapura pada 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >