Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ELD ingatkan tinjauan pilihan raya tidak boleh disiar

Aug 22, 2023 | 04:25 PM



Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengingatkan anggota masyarakat awam pada Selasa bahawa siaran sebarang tinjauan pilihan raya tidak dibenarkan semasa tempoh pilihan raya.

Tinjauan pilihan raya adalah tinjauan pendapat pengundi berkaitan undian mereka semasa pilihan raya, pendapat pengundi mengenai calon, atau pendapat mengenai sebarang isu yang melibatkan mana-mana calon.

Begitu juga ‘exit poll’, yang merujuk kepada kenyataan berkaitan undian orang ramai semasa pilihan raya, atau ramalan keputusan pilihan raya, tidak dibenarkan.

Iklan dalam talian berbayar pula hanya boleh dilakukan oleh calon, ejen pilihan raya dan mereka yang mendapat keizinan, menurut kenyataan ELD.

Individu bukan calon atau ejen pilihan raya boleh menyiarkan iklan dalam talian berbayar hanya selepas mereka menerima izin bertulis daripada calon atau ejen pilihan raya selepas Hari Penamaan Calon.

Semua iklan berbayar perlu diisytiharkan kepada Pegawai Pengurus Undi oleh calon atau ejen pilihan raya dan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk memaparkan nama penuh pihak yang bertanggungjawab menyiarkan iklan itu, pihak yang meluluskan kandungannya, pihak yang memberi arahan bagi kandungan itu disiarkan serta pihak yang menaja atau membiayai kos iklan tersebut.

Ini bagi memastikan ketelusan dan sikap tanggungjawab serta menghalang penggunaan iklan berbayar sebagai saluran untuk campur tangan asing dalam proses pilihan raya, atau untuk memintas had perbelanjaan pilihan raya bagi calon.

Iklan tidak berbayar dibenarkan, tetapi ia perlu memaparkan dengan jelas nama penuh mereka yang memainkan peranan aktif dalam menerbitkannya.

Semua iklan, berbayar dan tidak berbayar, tidak dibenarkan semasa Tempoh Bertenang, iaitu dari 12 malam pada 31 Ogos hingga 8 malam pada 1 September.

Iklan dalam talian yang disiarkan dengan sah sebelum Hari Bertenang, dan kekal tidak berubah selepas disiarkan, tidak perlu diturunkan.

Namun, langkah menerbitkan semula iklan sedia ada dikira sama seperti mengeluarkan iklan baru, dan ini dilarang pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi.

Contohnya termasuk mengongsi semula – atau ‘share’– dan mengeluarkan lagi pos yang sama, atau menggunakan fungsi ‘boost’ di media sosial terhadap iklan pilihan raya sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >