Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma S'pura terima anugerah global bagi teknologi robot bedah

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



DENGAN bantuan kecerdasan buatan (AI) dan pemprosesan imej, sebuah syarikat pemula setempat dapat 'memetakan' anatomi kritikal dan merancang laluan selamat bagi pakar bedah untuk mengakses ketumbuhan kecil dan sukar dijangkau.



Hasil teknologi itu, firma robotik pembedahan berpangkalan di Singapura, NDR Medical Technology, memenangi tempat kedua serta cek AS$200,000 ($268,900) dalam Piala Dunia Keusahawanan di Riyadh, Arab Saudi, pada 12 Mac.



Ia menewaskan lebih 30,000 syarikat dari seluruh dunia.



Ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama NDR, Encik Alan Goh, 43 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times:



"Anugerah ini satu pengiktirafan bagi kerja keras pasukan kami. Ini akan memberi lebih banyak pendedahan bagi syarikat pemula ini dan menarik lebih ramai rakan dan modal usaha agar menyertai kami dalam perjalanan membina robot pembedahan buatan Singapura yang berpotensi dapat meningkatkan keselamatan prosedur intervensi."



Syarikat itu, yang bermula lapan tahun lalu, mempunyai pemegang saham yang termasuk SGInnovate dan ST Ventures.



Pelabur Singapura dan peneroka usaha, Encik Jayren Teo, 27 tahun, yang merupakan salah satu pengadil, menyifatkan apa yang dilakukan NDR Medical sebagai "masa depan penjagaan kesihatan".



"Bayangkan dunia di mana prosedur pembedahan selamat dan tepat, di mana margin kesilapan dikurangkan," katanya.



"Prestasi doktor tidak dihadkan oleh pengalaman dan kesejahteraan mereka, tetapi dibantu robot pembedahan untuk membuat keputusan dan penilaian lebih baik dengan data kesihatan pesakit mendalam yang diberikan oleh robot yang dijana AI."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >