Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum Guru BH dianjur pertama kali dalam talian

Nov 03, 2020 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kali, Forum Guru anjuran Berita Harian (BH) dan akhbar pelajar Gen-G akan berlangsung di alam maya.



Ini bagi memenuhi langkah pengurusan selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang.



Forum yang akan berlangsung menerusi wadah Zoom itu akan diadakan pada 9 November dari 2 hingga 3.30 petang.



Guru Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah dan menengah yang berminat boleh mendaftar menerusi laman web www.gevme.com/berita-harian-teachers-webinar-76976821.



Forum Guru itu akan membincangkan tentang pentingnya kesejahteraan mental guru dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan.



Ini lebih-lebih lagi penting dalam keadaan yang mencabar sekarang, dengan guru dan pelajar juga perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai norma baru akibat Covid-19.



Penceramah motivasi, Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah, akan menyampaikan ucapan kepada peserta dan mengajak mereka berbincang serta memikirkan bagaimana mereka boleh membangunkan daya ketahanan mental yang kukuh dengan berkesan di dalam dan luar bilik darjah.



Hos podcast #NoTapis yang juga koresponden akhbar ini, Cik Shahida Sarhid, akan turut tampil berkongsi pengalamannya menerbitkan podcast dalam Forum Guru tahun ini.



Guru yang menyertai forum itu juga akan mempelajari bagaimana podcast serta akhbar Berita Harian dan akhbar pelajar Gen-G boleh digunakan sebagai wadah interaktif di dalam bilik darjah untuk mengajar pelbagai topik dan isu termasuk nilai daya ketahanan dan kesihatan mental.



Berita Harian, yang merupakan antara pertubuhan media pertama di Singapura yang meneroka ruang podcast, telah melancarkan podcast #NoTapis pada Mei 2019.



Sejak itu, #NoTapis telah merakamkan lebih 100 episod, termasuk siri podcast khas untuk pelajar, yang diselaraskan dengan kandungan akhbar pelajar Gen-G bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.



Antara tetamu yang telah mewarnai podcast #NoTapis termasuk Papa Rock, Ramli Sarip; pakar motivasi dan ilmuwan dari seberang Tambak, Profesor Dr Muhaya Mohamad; serta personaliti lain dari dalam dan luar negara.




BUTIRAN FORUM



Topik: Pentingnya kesihatan mental guru dalam usaha membentuk pelajar berdaya tahan



Tarikh: 9 November 2020 (Isnin)



Waktu: 2 hingga 3.30 petang



Wadah: Zoom



Daftar di: www.gevme.com/berita-harian-teachers-webinar-76976821



Penceramah:



  • Penceramah motivasi, Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah 

  • Hos podcast #NoTapis, Cik Shahida Sarhid




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >