Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUMBER PEMBELAJARAN BARU BH-MENDAKI

Kandungan pendidikan berbilang media di 'bawah satu bumbung'

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa dan pelajar tidak lama lagi akan dapat mengakses sumber dan kandungan pendidikan multimedia menerusi satu wadah dalam talian secara percuma.



Ini termasuk kertas peperiksaan, kertas latihan, tip pendidikan dan keibubapaan serta kisah berinspirasi berkenaan perjalanan ibu bapa serta pelajar dalam memburu pendidikan dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat.



Kandungan dan sumber demikian yang dilakar khas buat masyarakat Melayu/Islam akan disediakan menerusi satu laman mikro sehenti yang dibangunkan bersama oleh Yayasan Mendaki dan SPH Media.



Ini turut membolehkan pengguna mengakses berita yang dihasilkan Berita Harian (BH) sebagai bahan bacaan.



Memberi komitmen kepada kerjasama itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah dan Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman.



Majlis yang diadakan di auditorium pusat berita SPH Media turut disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.



Laman mikro tersebut dijangka dilancarkan dalam dua fasa, dengan yang pertama pada bulan depan.



Fasa selanjutnya, yang dijadualkan tahun depan akan menggunakan data dan dapatan yang dikumpulkan untuk menyediakan kandungan yang lebih sesuai buat ibu bapa yang mempunyai anak dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah.



Mengulas tentang usaha tersebut dalam ucapannya, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, memuji BH sebagai pembentuk masyarakat Melayu/Islam setempat yang menyediakan wadah supaya masyarakat dapat mengikuti perkembangan di dalam dan luar negara.



"Dengan kerjasama ini antara Mendaki dengan SPH Media, kami berharap dapat mendekati masyarakat Melayu/Islam yang lebih luas dengan memanfaatkan jumlah pembaca, inisiatif multimedia dan jangkauan BH untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa agar terlibat dalam pembelajaran anak-anak mereka dan menyokong aspirasi akademik serta kerjaya pelajar kita," ujarnya.



Cik Zuraidah pula berkata usaha tersebut melengkapi inisiatif Mendaki untuk memperkasa ibu bapa sebagai rakan, pengasuh, dan guru pertama anak mereka, serta menyediakan anak-anak agar berdaya tahan dan siap bagi masa depan.



Encik Saat pula menambah beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mendaki dalam projek bermakna ini, mentelah lagi akhbar ini sentiasa meneroka cara untuk mendekati masyarakat, termasuk anak muda.



"Laman mikro ini bertujuan menjadi portal sehenti untuk ibu bapa dan pelajar mengakses kandungan serta bahan sumber seperti artikel, video dan podcast berkenaan dengan pendidikan serta keibubapaan. Kami berharap ia akan berguna buat masyarakat sedang kita meneruskan perjalanan kita menuju ke arah masyarakat cemerlang, didorong oleh pencapaian dalam pendidikan," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >