Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kehilangan ibu pencetus semangat... kini buru PhD dalam Sains Perubatan

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



TIDAK pernah terbayang bahawa beliau akan kehilangan ibu pada usia seawal 10 tahun.



Namun Encik Umar Mohamad Sahari, 25 tahun, akui kehilangan itu menjadikan beliau lebih matang dan lebih berdaya tahan pada usia muda.



Ibunya meninggal dunia akibat penyakit semput teruk dan kejadian pahit itu membuat Encik Umar berazam membantu individu lain seperti ibunya dengan menceburi bidang sains bioperubatan dengan pengkhususan terhadap penyakit genetik.



Selepas tamat pengajiannya dalam bidang Sains Perubatan dengan kepujian kelas pertama di Universiti Newcastle di United Kingdom, Encik Umar bakal memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Perubatan, dengan tumpuan terhadap penyakit genetik di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).



Beliau merupakan antara 69 pelajar cemerlang dalam bidang sains dan teknologi yang telah menerima biasiswa Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dalam satu majlis maya semalam.



Mengenai bidang tumpuan pilihannya itu, Encik Umar berkata: "Selain menawarkan huraian terhadap masalah kesihatan di Singapura, pembangunan terapeutik baru juga boleh menyumbang kepada ekonomi masa depan Singapura dengan meningkatkan kadar pelancongan dan eksport perubatan."



Tambahnya, arwah ibunya tidak henti memberikan kata-kata galakan supaya beliau terus cemerlang dalam pelajaran dan ini sentiasa mendorongnya untuk melakukan yang terbaik dan menjadi sebab utama beliau memburu ijazah PhD.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >