Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA

Kian ramai bapa Melayu terlibat aktif besarkan anak

Program, kegiatan Pusat Keibubapaan dapat sambutan positif bapa Melayu sepanjang lima tahun lalu, kata ketua gerakan Bapa Sepanjang Hayat
Jun 20, 2021 | 05:30 AM



BAPA-BAPA Melayu kian prihatin mengenai peranan penting yang mereka pikul sebagai ketua keluarga melebihi tanggungjawab menyara hidup isteri dan anak-anak.



Antaranya ialah peri penting mereka melibatkan diri dalam setiap aspek pembangunan anak-anak dengan berkongsi tanggungjawab itu, secara aktif, dengan pasangan masing-masing.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), Pusat Kebapaan (CFF) berkata pada 2019, sekitar 1,250 bapa mengambil bahagian dalam kegiatan mereka sepanjang Bulan Kebapaan bagi masyarakat Melayu yang diadakan setiap September.



Meskipun penularan Covid-19 tahun lalu membataskan kegiatan fizikal yang boleh dianjurkan pusat itu, namun peralihan programnya ke wadah dalam talian telah menarik penyertaan lebih 125,000 bapa Melayu.



Bengkel Kebapaan yang dianjurkan pula berkembang daripada hanya satu pada 2016, kepada 66 pada 2019. Secara keseluruhan, sekitar 1,250 bapa telah menghadiri bengkel tersebut.



Ketua gerakan Bapa Sepanjang Hayat di sini, Encik Eruandee Prayitna, berkata perangkaan tersebut mencerminkan satu semangat baru yang dipaparkan bapa-bapa Melayu setempat.



Meskipun akur masih banyak lagi ruang untuk peningkatan, bapa tiga anak remaja itu yang telah lima tahun aktif dalam gerakan tersebut, menekankan ini merupakan satu perkembangan yang amat positif.



"Tidak ada manual yang boleh mengajar kita menjadi bapa. Ramai bapa-bapa beritahu kami mereka belajar cara menjadi bapa menerusi contoh bapa mereka sendiri.



"Namun, dahulu bapa mereka lebih fokus mencari nafkah dan menyara kehidupan keluarga dan menyerahkan sebahagian besar tugas membesarkan anak kepada pasangan mereka.



"Bagi CFF, kami menekankan pentingnya peranan dan penglibatan aktif bapa dalam semua aspek membesarkan anak-anak. Daripada maklum balas, kami gembira bapa-bapa yang menyertai program kami semakin sedar akan peri penting perkara ini dan adalah matlamat kami untuk terus berusaha mendampingi seberapa bapa yang boleh untuk menekankan mesej ini," ujar beliau, dalam wawancara sempena sambutan Hari Bapa yang jatuh pada hari ini.



Menyentuh cabaran yang masih wujud untuk bapa Melayu setempat mengambil langkah pertama untuk memainkan peranan lebih aktif dalam kehidupan anak-anak, Encik Eruandee menerangkan:



"Ramai yang menyifatkan waktu kerja mereka yang panjang sebagai penghalang, ada yang perlu melakukan dua pekerjaan. Cabaran kewangan dan kurang pengetahuan serta kemahiran kebapaan juga adalah antara sebab lain yang mereka kongsi."



CFF, kata Encik Eruandee, akan terus bekerja keras untuk mendekati bapa-bapa tersebut dan cuba membantu mereka mengatasi cabaran-cabaran yang mereka hadapi.



Sementara itu, dalam wawancara sempena Hari Bapa juga, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohd Maliki Osman, berkata hari ini kian ramai kaum lelaki yang memikul tanggungjawab menjaga anak-anak kerana mereka semakin sedar mengenai amalan-amalan keibubapaan yang baik dan manfaat penglibatan aktif bapa dalam diri anak-anak.



"Ini juga ekoran sebab-sebab praktikal dengan lebih ramai keluarga mempunyai dua pendapatan. Pada masa yang sama, mereka juga sedar bahawa pada masa depan, lelaki dan wanita mesti memainkan peranan yang saling melengkapi, dan peranan keibubapaan tidak semestinya bergantung kepada jantina," ujarnya.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >