Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kunjungi ibu bapa, 'zoom' Raya dengan adik-beradik...

May 13, 2021 | 05:30 AM



SETELAH menyambut Syawal di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu, masyarakat Melayu/Islam hari ini dapat meneruskan amalan Lebaran seperti kunjung-mengunjung - meskipun dengan langkah pengurusan selamat yang ketat.



Langkah tersebut antara lain hanya membolehkan setiap rumah menerima kunjungan tidak melebihi lima orang berbeza, sehari.



Encik Khidir Yunus adalah antara mereka yang beruntung kerana dapat berkunjung ke rumah orang tuanya hari ini - setelah 'diberikan' keistimewaan oleh adik-beradiknya yang telah memberi laluan kepada beliau.



Keistimewaan itu diberikan kerana isteri Encik Khidir, Cik Sarita Birgit Takalahti, seorang warga Finland, tidak perlu ke rumah orang tuanya. Ibu bapa mentuanya kini sedang berada di Finland.



"Kami adik-beradik sudah buat jadual. Pada hari pertama, mereka yang sudah berkahwin akan ke rumah mentua mereka. Esok-esok baru mereka ke rumah orang tua kami.



"Jadi memandangkan mentua saya warga Finland, dapatlah keluarga saya berkunjung ke rumah ibu dan ayah saya pada hari pertama," kata beliau, seorang instruktor renang dan senaman. Isterinya juga instruktor senaman selain merupakan pakar terapi sukan.



"Kalau mereka tak kasi kami chance, kami suami, isteri dan anak-anak takde peluanglah jalan Raya!" kata bapa dua orang anak itu berseloroh.



Encik Khidir, dan isterinya, kedua-dua 34 tahun, telah merancang untuk tetap menghabiskan masa bersama adik-beradiknya lain hari ini menerusi Zoom.



"Memanglah tidak sama berbanding kalau semua dapat berkumpul secara fizikal, tapi kita ini dalam keadaan luar biasa, terus dijejas pandemik, jadi amalan kita pun tidak boleh seperti biasa," ujarnya.



Membuat perancangan sedemikian menjadi lumrah bagi sambutan Syawal kali ini.



Beberapa keluarga lain yang ditinjau Berita Harian (BH) juga berbuat sama.



Encik Muhammad Raqib Osman, 41 tahun, berkata Hari Raya pertama ini beliau hanya duduk di rumah sahaja, menunggu keluarga adiknya untuk berkunjung ke rumah.



"Saya tinggal bersama orang tua saya, jadi memang biasa pagi Raya rumah saya sibuk dengan adik-beradik yang datang. Kemudian petang sikit, saya akan berangkat pula dengan isteri dan anak-anak untuk melawat ibu dan bapa mentua.



"Tapi memandangkan mereka sudah pun menerima kunjungan dari anak-anak lain, kami hanya boleh melawat hujung minggu ini," kata bapa tiga orang anak itu.



"Jadi saya dah prepare anak-anak, pakai baju Raya tapi kita cuma duduk rumah saja tengok TV," tambah Encik Raqib sambil tertawa.



Dengan masyarakat Melayu/Islam menyambut Hari Raya sekali lagi di tengah-tengah pandemik, beberapa pemimpin negara termasuk Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menggesa masyarakat agar mengambil langkah pengurusan selamat dengan serius dan memainkan peranan untuk menangani penularan yang disifatkan sebagai "di peringkat genting".



Encik Khidir berkata, kes-kes masyarakat yang meningkat saban hari memang membimbangkan, lebih-lebih lagi mata pencarian beliau dan isteri bergantung kepada langkah-langkah pengurusan selamat dilonggarkan.



"Kita pun tidak mahu kerana kita beraya, kita pula menyumbang kepada kes masyarakat. Sekurang-kurangnya kita dapat juga berkunjung walaupun tidak dapat berkumpul dengan seluruh keluarga. Berbanding tahun lalu, banyak yang boleh kita syukuri Aidilfitri ini," ujarnya.




  • Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim.

  • BH/BM juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim.

    Akhbar ini tidak dicetak esok. Edisi digital BH/BM masih boleh diikuti di www.beritaharian.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >