Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 300 keluarga dibantu HDB dapat flat sewa sementara

Mereka yang permohonan flat terjejas akibat penangguhan kerja binaan dan penuhi syarat boleh mohon skim IRH, PPHS
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 300 keluarga yang tidak dapat berpindah ke flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) baru mereka ekoran penangguhan kerja binaan telah dibantu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mendapatkan rumah sewa sementara.



"Sehingga akhir September, HDB telah membantu 336 isi rumah yang telah menghubungi kami untuk Perumahan Sewa Sementara (IRH) dari pembeli rumah yang terjejas oleh penangguhan binaan," kata HDB, menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).



Dimulakan pada 2009, skim IRH ditawarkan berdasarkan setiap kes, kepada golongan bergaji rendah yang mempunyai sokongan keluarga terbatas dan tiada pilihan perumahan lain.



Sebelum ini, pemerintah mengatakan bahawa sehingga hujung Februari lalu sekitar 43,000 isi rumah akan terlewat mendapat flat BTO mereka disebabkan gangguan rantaian bekalan dan pekerja yang terhad dalam sektor binaan.



Buat masa ini, terdapat 94 projek BTO yang masih dijalankan.



Hampir 3,000 pembeli BTO di lima projek perumahan awam di Bukit Batok, Clementi, Bukit Panjang dan Woodlands pula juga perlu menunggu tempoh lebih lama bagi rumah mereka setelah kontraktor utama mereka, Greatearth, menghadapi masalah kewangan dan dibubarkan.



Selain IRH, pemilik rumah pertama kali yang terjejas boleh memohon perumahan sementara di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS). 



Awal daripada ini, pemerintah berkata ia akan menambah jumlah flat PPHS - sebanyak 800 unit dalam tempoh dua tahun akan datang demi memenuhi keperluan keluarga yang terjejas akibat penangguhan binaan BTO.



Bagi bermohon mendapatkan unit di bawah PPHS, pendapatan bulanan gabungan isi rumah tidak harus melebihi dari $7,000.



HDB akan menimbangkan jumlah pendapatan ketika permohonan flat BTO dibuat. Jika pendapatan isi rumah susut ke paras $7,000 atau lebih rendah, mereka boleh bermohon dengan menghubungi HDB secara langsung.



Kriteria itu dikenakan agar flat itu diperuntukkan bagi mereka yang kurang mampu menyewa di bawah pasaran terbuka.



Menjelaskan tentang jenis bantuan yang ada untuk para pemilik rumah terjejas, HDB berkata:



"Pembeli flat yang tidak dapat mencari aturan perumahan sementara alternatif dengan anggota keluarga, saudara-mara atau di pasaran terbuka boleh memohon di bawah PPHS jika mereka pembeli pertama kali.



"Bagi pembeli flat yang terjejas dan memutuskan untuk membatalkan tempahan flat BTO mereka untuk membeli flat jualan semua disebabkan keperluan perumahan yang mendesak, HDB juga akan menimbangkan untuk memberi pelepasan bagi denda dan tempoh menunggu setahun," jelas HDB.



Di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), pembeli yang flat mereka tertangguh melebihi tarikh penyelesaian ditetapkan boleh mendapatkan pampasan bagi kos yang ditanggung ekoran penangguhan itu.




"Pembeli flat yang tidak dapat mencari aturan perumahan sementara alternatif dengan anggota keluarga, saudara-mara atau di pasaran terbuka boleh memohon di bawah PPHS jika mereka pembeli pertama kali. Bagi pembeli flat yang terjejas dan memutuskan untuk membatalkan tempahan flat BTO mereka untuk membeli flat jualan semua disebabkan keperluan perumahan yang mendesak, HDB juga akan menimbangkan untuk memberi pelepasan bagi denda dan tempoh menunggu setahun."
- Kenyataan HDB, mengenai jenis bantuan yang ada untuk para pemilik rumah terjejas.




Laporan lanjut: 3,000 pembeli 5 projek BTO terjejas terima kunci mulai suku pertama 2022




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >