Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai golongan muda tampil tingkat kesedaran salah guna dadah

Ini penting sedang negara berhadapan dengan sikap liberal terhadap penggunaan dadah: Faishal semasa di acara 'DrugFreeSG'
Jun 28, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai golongan muda yang tampil bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempertingkat kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah, dan menerusi projek-projek yang lebih tertumpu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Memetik contoh para pelajar Politeknik Singapura (SP) yang memperkenalkan program mendekati rakan sekolah mereka, beliau berkata ini merupakan satu perjalanan penting sedang Singapura berhadapan dengan sikap liberal terhadap penggunaan dadah.



Bercakap kepada media di acara 'pop-up' dan penyalaan lampu DrugFreeSG yang dilancarkan kelmarin, Dr Faishal berkata negara ini akan meneruskan perjalanannya dalam melindungi orang ramai daripada bahaya penyalahgunaan dadah dan menjadikan mereka lebih sedar akan sesetengah perkara yang berlaku di sekitar dunia yang mungkin menyebabkan sikap liberal terhadap dadah.



"Meskipun kini terdapat sikap yang liberal berkaitan dadah, pada masa yang sama kita juga sedang meningkatkan kesedaran dan mendapatkan lebih ramai orang bersama dalam perjalanan ini - menuju ke arah DrugFreeSG (BebasDadahSG).



"Kini anda lihat lebih ramai orang muda yang tampil bersama untuk bekerjasama dalam meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah, dan mereka telah perkenalkan projek-projek yang amat tertumpu.



"Seperti contoh para pelajar Politeknik Singapura (SP) telah perkenalkan program bagi mendekati rakan sekolah mereka, dalam menjauhi dadah dan sebaliknya memilih gaya hidup sihat," katanya lagi.



Acara DrugFreeSG Pop-Up and DrugFreeSG Light-Up anjuran Biro Narkotik Pusat (CNB) itu adalah sebahagian Kempen Penyalahgunaan Dadah, yang dikelolakannya setiap tahun.



Pada 26 Jun setiap tahun, Singapura memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram.



Dr Faishal menambah bahawa pihaknya juga sedar bahawa terdapat mereka yang mempunyai sedikit pengalaman atau tahu bahawa dadah itu merbahaya.



"Namun kami ingin membangunkan daya tahan dalam masyarakat.



"Kami ingin membangunkan sebuah masyarakat yang tahu bahawa dadah itu merbahaya, dan mereka mampu katakan tidak pada dadah.



"Mereka akan terdedah kepada maklumat berkaitan usaha liberal ini di mana-mana, dan maklumat ini mungkin boleh didapati dalam media sosial atau di Internet.



"Dan apabila mereka terpandangnya, saya harap mereka akan katakan bahawa dadah itu merbahaya, dan kita tidak akan yakin bahawa dadah itu tidak merbahaya.



"Saya fikir itu yang ingin kami bangunkan," kata Dr Faishal lagi.



Acara 'pop-up' selama seminggu itu bertujuan mendidik warga mengenai bahaya penyalahguanaan dadah dan meraih sokongan terhadap usaha antidadah.



Tahun ini juga menandakan kali kelima penyalaan lampu DrugFreeSG diadakan - yang juga dianjurkan sebagai sebahagian daripada Kempen Anti-Penyalahgunaan Dadah (Adac) yang berlangsung setiap tahun.



Bangunan dan struktur ikonik di serata Singapura bermandi cahaya hijau dan/atau putih, iaitu warna reben antidadah, untuk memberi sokongan ke atas usaha ini.



Edisi tahun ini menyaksikan 35 rakan yang menyertai sama acara itu, termasuk lapan rakan masyarakat yang menyertainya buat kali pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >