Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditemui mati di kaki blok, polis temui mayat ibu dalam flat

Jul 09, 2019 | 04:12 PM



SEORANG lelaki berusia 54 tahun ditemui mati di kaki sebuah blok HDB di Little India pagi tadi (9 Julai).



Pegawai polis yang dimaklumkan tentang kes itu sekitar 7 pagi kemudian menemui mayat ibunya dalam sebuah flat di tingkat 11 Blok 637 Veerasamy Road.



Polis sedang menyiasat kes yang disifatkan sebagai kematian luar biasa itu.



Menurut polis, kedua-dua ibu dan anak disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Seorang jiran yang enggan memberi namanya berkata lelaki itu telah tinggal di flat tersebut sekitar 40 tahun.



Bapanya meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu dan beliau terus tinggal di flat itu bersama ibunya.



“Beliau sayangkan ibunya. Lelaki itu selalu bawa ibunya pergi berjumpa doktor dan membeli makanan buatnya setiap hari,” ujar pesara berusia 60 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >