Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 3)

Tiga cara untuk mengembangkan simpanan CPF anda
Feb 11, 2017 | 09:00 AM



 




  1. Kadar Faedah CPF 

    Simpanan CPF anda meraih kadar faedah menarik dan bebas risiko. Sehingga:



            • 3.5% bagi Akaun Biasa (OA)*



            • 5% bagi Akaun Khas (SA) dan Akaun Medisave (MA)



• 6% bagi $30,000 pertama daripada simpanan CPF untuk mereka yang berusia berusia 55 tahun ke atas 



Untuk mengembangkan lagi simpanan CPF anda, anda boleh juga memilih untuk:



            a. Menokok akaun-akaun CPF anda menerusi Caruman CPF Secara Sukarela atau menerusi Skim Persaraan Caruman Tambahan (RSTU).



b. Memindahkan simpanan CPF kepada SA anda (jika anda berusia bawah 55 tahun) atau Akaun Persaraan (RA) (jika anda berusia 55 tahun ke atas). Pemindahan tersebut tidak boleh ditarik balik, tertakluk kepada syarat.



* Ini termasuk faedah tambahan sebanyak 1% untuk jumlah $60,000 pertama gabungan simpanan CPF anda.



Jika anda bersedia mengambil risiko pelaburan untuk potensi pulangan lebih tinggi,  



        2.       Skim Pelaburan CPF (CPFIS) 

                  Untuk para anggota yang mempunyai masa dan pengetahuan untuk melabur. 

 



          3.       Skim Pelaburan Persaraan Sepanjang Hayat (LRIS)^ 

                  Untuk para anggota yang ingin melabur bagi jangka panjang, tetapi hanya mempunyai sedikit masa atau pengalaman untuk mengurus pelbagai pelaburan mereka secara aktif.



                   ^ Pemeriintah sedang melakarkan butir-butir pelaksanaannya.



 




 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI!

 





SOALAN: Bagaimana saya boleh membantu orang tersayang seperti isteri dan ibu bapa saya menerusi CPF untuk bersara dengan fikiran yang lebih tenang?



JAWAPAN: Salah satu caranya ialah menokok akaun-akaun CPF orang tersayang. 



Anda boleh berbuat demikian dengan memindahkan simpanan anda dalam OA kepada SA atau RA orang tersayang. Anda boleh juga menggunakan wang tunai untuk menokok akaun-akaun CPF orang tersayang. Tokokan wang tunai anda mungkin juga layak bagi pelepasan cukai.





SOALAN: Mengapakah kadar faedah CPF tidak lebih tinggi?



JAWAPAN: Kadar faedah CPF adalah bebas risiko. Tidak seperti pulangan bagi pelbagai pelaburan berisiko, faedah CPF dibayar dalam apa jua keadaan.



Kadar faedahnya juga tidaklah rendah. Apabila kami memberikan faedah tambahan untuk baki CPF yang lebih rendah, kadah faedahnya boleh meningkat sehingga 6%.



Para anggota yang ingin meraih potensi pulangan lebih tinggi dan bersedia mengambil risiko boleh melabur dalam Skim Pelaburan CPF. Pada masa hadapan, Skim Pelaburan Persaraan Sepanjang Hayat (LRIS) akan menjadi satu lagi pilihan.



Anda ada soalan mengenai CPF? E-mel kami: askcpf@sph.com.sg



SERTAI KUIZ KAMI!

10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



Soalan Peraduan: Bagi para anggota CPF yang tidak mahu melabur, apakah yang boleh mereka lakukan untuk mengembangkan simpanan CPF mereka? 



A. Menokok akaun-akaun CPF dengan wang tunai



B. Memindahkan simpanan OA kepada SA



C. A dan B



Hantarkan jawapan anda di contest.sph.com.sg/cpf3 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF3 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486. Tarikh tutup: 19 Februari 2017.



Terma dan Syarat: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 6 Mac 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.



Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)



Sila klik di sini untuk menikmati Siri 1 dan Siri 2 Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >