Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mendaki dapat sumbangan $500,000 daripada firma pengendali kapal kontena

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



SEMPENA menyambut ulang tahunnya yang ke-55, syarikat pengendali kapal kontena, Pacific International Lines (PIL), memperuntukkan $2 juta dalam bentuk sumbangan kewangan kepada masyarakat dan badan kebajikan di Singapura.



Syarikat itu telah menyumbang $1.7 juta kepada empat pertubuhan etnik bantu diri di Singapura. Ini termasuk Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Yayasan Mendaki di mana masing-masing menerima $500,000. Manakala Persatuan Serani (EA), menerima $200,000.



Dana itu disampaikan kepada wakil empat pertubuhan itu oleh pengerusi eksekutif PIL, Encik S.S. Teo, di Majlis Derma Masyarakat sempena ulang tahun syarikat itu yang ke-55 semalam.



Turut hadir dalam majlis itu sebagai tetamu terhormat ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong.



Berucap dalam majlis itu, Encik Tong berkata:



"Kumpulan-kumpulan bantu diri ini memainkan peranan penting di Singapura. Ia penting untuk bermula sebagai negara yang setaraf antara sesama, bukan negara yang mempunyai satu kaum majoriti sahaja tetapi sebuah negara yang setara, bahawa kita terus melihat sedemikian setiap hari."



Mengulas mengenai dana tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berterima kasih atas sumbangan PIL.



"Derma PIL akan menjadi sebahagian daripada sasaran mengumpul dana Mendaki, iaitu sebanyak $20 juta untuk memperbaiki dan mengembangkan program-program yang sedia ada, dan melaksanakan idea-idea baru yang membawa perubahan kepada masyarakat.



"Usaha mengumpul dana ini telah diumumkan oleh PM Lee Hsien Loong di majlis sambutan ulang tahun Mendaki yang ke-40 bersempena dengan sambutan Raikan Ilmu pada 1 Oktober 2022.



"Pemerintah mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan sehingga $20 juta untuk memadankan sasaran pengumpulan dana Mendaki," kata Cik Zuraidah kepada Berita Harian.



Menurut Encik Teo, beliau berkata: "Ini merupakan sumbangan besar masyarakat yang pertama kepada Singapura sejak PIL kembali pulih dari segi kewangan tahun lepas.



"Kami mengiktiraf peranan utama yang dimainkan oleh empat kumpulan bantu diri itu dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Singapura... Kami ingin memainkan peranan kami untuk menggalakkan kerja yang baik oleh CDAC, Sinda, Mendaki dan EA."



Selain itu, PIL juga telah menderma $300,000 sebagai dana awal untuk sumbangan amal selanjutnya. Ini adalah antara tujuan PIL dalam memperkukuhkan lagi usaha mereka dalam sosial korporat tanggungjawabnya.




"Derma PIL akan menjadi sebahagian daripada sasaran mengumpul dana Mendaki, iaitu sebanyak $20 juta untuk memperbaiki dan mengembangkan program-program yang sedia ada, dan melaksanakan idea-idea baru yang membawa perubahan kepada masyarakat."
- Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >