Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: S'pura amat bimbang ganas meningkat di Israel, wilayah Palestin

MFA
Apr 11, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA mengutuk serangan roket ke atas Israel dan serangan berasingan di Tel Aviv serta Lembah Jordan, yang mengakibatkan korban awam.



"Kami sangat bimbang mengenai peningkatan keganasan di Israel dan wilayah Palestin," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.



Ia menambah: "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan berharap mereka yang cedera segera sembuh."



MFA berkata pada masa ini tiada laporan mengenai rakyat Singapura terjejas oleh serangan itu, sambil menambah bahawa rakyat Singapura di Israel harus berjaga-jaga dan memantau berita dengan teliti.



"Mereka harus mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk keselamatan diri mereka. Rakyat Singapura yang melancong ke Israel amat digalak mendaftar secara elektronik dengan MFA di eregister.mfa.gov.sg," ujar MFA.



Berdozen roket dilepaskan dari Lebanon ke Israel pada Khamis lalu, serangan yang dipersalahkan oleh tentera Israel ke atas militan Palestin. Beberapa jam kemudian, Israel bertindak balas dengan menyerang sasaran tentera Palestin di selatan Lebanon dan Gaza.



Serang-menyerang itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat berkaitan serbuan di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh tentera Israel pada Rabu dan Khamis lalu.



Mereka melepaskan bom tangan, menyerang jemaah Palestin dan mengusir mereka yang berkumpul di itu solat.



Orang Yahudi memanggil tapak itu Temple Mount dan ia adalah tapak paling suci bagi agama Yahudi.



Pada Jumaat lalu, dua adik-beradik warga Britain-Israel, berusia 16 dan 20 tahun, terbunuh, sementara ibu mereka cedera parah dalam kejadian tembakan di Tebing Barat. Kejadian itu disifatkan oleh pihak berkuasa Israel sebagai "serangan pengganas".



Pada petang itu, sekumpulan pelancong dilanggar oleh sebuah kenderaan di Tel Aviv. Seorang lelaki Italy terbunuh, dan tujuh yang lain cedera.



MFA berkata Singapura menggesa semua pihak supaya menahan diri dan mengurangkan ketegangan untuk mengelakkan kehilangan nyawa lagi.



"Semua pihak mesti menghormati kesucian tapak keagamaan seperti Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman, khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini."



Sementara itu, MFA berkata rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi:



Kedutaan Singapura di Tel Aviv



Alamat: 28 HaArba'a Street, South Tower, Tingkat 19, Tel Aviv 6473926, Israel



Tel: +972-3-7289334



Emel: singemb_tlv@mfa.sg, atau



Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)



Tel: +65 6379-8800/8855



Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >