Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU SG-Indo tangani isu iklim, kemampanan

SM Teo: Kerja sama akan wujudkan banyak peluang pembangunan, pekerjaan
Mar 22, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia akan mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala dalam kemampanan dan perubahan iklim menyusuli penandatanganan satu Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



Di bawah kerjasama itu, mereka dijangka berkolaborasi antaranya dalam penyelidikan teknologi bersih dan projek perintis bagi sistem eko di laut dan darat.



MOU Kerjasama Kemampanan dan Perubahan Iklim ditandatangani Menteri Kanan Singapura merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay semalam.



Menurut Encik Teo, MOU itu akan mewujudkan banyak peluang pembangunan dan pekerjaan.



Encik Teo, yang juga pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim Singapura, berkata:



"Ia akan membuka banyak peluang baru kepada kedua-dua negara untuk bekerjasama, memperbaiki keadaan perubahan iklim, serta mencipta peluang pembangunan baru bagi ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan yang baik untuk rakyat di Indonesia dan Singapura.



"Kami berharap ini juga akan membuka jalan kepada banyak peluang sebegini dengan negara lain di rantau kita dan di dunia, supaya kita boleh bekerjasama untuk memperbaiki keadaan perubahan iklim global serta membangunkan ekonomi dunia.''



Encik Luhut pula berkata kerjasama antara Indonesia dengan Singapura itu sangat penting bagi kededua negara menangani kesan perubahan iklim dan mengekalkan peningkatan suhu di bawah 2 darjah Celsius.



"Indonesia mengalu-alukan kerjasama Indonesia-Singapura mengenai kemampanan dan perubahan iklim ini kerana empat bidang utama kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua negara mencapai sasaran kita dalam kemampanan dan tindakan iklim, dan diharapkan ini akan diikuti dengan kerjasama dalam bidang lain," katanya.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, turut bertemu dengan Encik Luhut semalam dan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala di samping prospek kerjasama dalam bidang baru.



Beliau menyifatkan MOU itu sebagai bidang kerjasama baru yang melihat ke hadapan.



Di bawah MOU itu yang dibangunkan menyusuli Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada Januari lalu, kededua negara ini akan mengukuhkan kerjasama dalam pasaran dan penetapan harga karbon serta huraian berasaskan alam semula jadi.



Singapura dan Indonesia juga akan bekerjasama dalam huraian dan teknologi bersih serta pembiayaan hijau.



Kededuanya juga komited untuk memajukan objektif MOU itu melalui mesyuarat menteri-menteri peringkat tinggi dan sebuah Kumpulan Kerja antara agensi dua hala yang melibatkan pegawai kanan pemerintah.



Di bawah MOU itu, satu pelan kerja berkaitan empat bidang kerjasama itu akan dibangunkan.



Ini termasuk projek perintis, kerjasama penyelidikan, pertukaran teknikal dan huraian pembiayaan dalam bidang seperti projek kredit karbon dan pembangunan huraian tenaga yang boleh diperbaru untuk menyokong penyahkarbonan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >