Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pancuran air di bazar pantai antara tarikan baru Sentosa

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



PANCURAN air deras setinggi 80 meter dan pancuran air berirama - inilah antara yang dapat anda nikmati di Bazar Pantai Tengah, tarikan terbaru di Sentosa.



Pulau peranginan itu sejak kelonggaran sekatan sempadan telah menerima lebih ramai pengunjung - hampir 50 peratus lebih ramai daripada keadaan sebelumnya.



Bazar Pantai Tengah, yang terletak di pantai Siloso, merangkumi Sentosa SkyJet, pancuran air yang boleh memancut air setinggi 80 meter, Pancuran Air Berirama dan pilihan makanan jalanan beraneka konsep.



Pengunjung juga akan dapat menikmati permainan karnival dan juga tarikan simulator bot, kata pengendali Mount Faber Leisure Group, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC).



Selain itu, acara GrillFest juga akan kembali ke pantai Silosa pada bulan depan, sebahagian daripada acara festival makanan Sentosa, kata ketua eksekutif SDC, Encik Thien Kwee Eng.



SkyHelix Sentosa, tarikan panoramik terbuka dan yang tertinggi di Singapura, telah dibuka pada Disember lalu.



Ia merupakan tarikan pertama sejak Mac 2020 dan kemudian diikuti dengan pembukaan tarikan taman permainan air yang terapung, Hydrodash, sebaik sahaja wabak Covid-19 melanda Singapura.



Tarikan lain yang menyusul ialah destinasi gaya hidup seperti Southside-Trickeye @ Southside dan taman tema realiti maya (VR) HeadRock VR dan Scentopia Sentosa, di mana pengunjung boleh memilih sendiri adunan haruman secara digital.



Pembukaan tarikan terbaru ini dilakukan apabila bilangan pengunjung ke Sentosa meningkat sebanyak 48 peratus antara April dan Ogos, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, kata SDC kelmarin.



Maklumat Bazar Pantai Tengah di Sentosa:



SENTOSA SKYJET



Pancuran air setinggi 80 meter atau setinggi bangunan 24 tingkat di Sentosa Skyjet ini dipercayai pancuran yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada waktu malam, keadaan akan lebih indah dengan sinaran lampu berwarna-warni .



Tarikan itu dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam. Namun pada 5 petang hingga 5.30 petang dan 7.40 hingga 9 malam, pancuran air di situ dihentikan.



Ia tidak dimainkan ketika Pancuran Air Berirama Sentosa dan 'Wings of Time' berlangsung.



PANCURAN AIR BERIRAMA SENTOSA



Sentosa yang pada era 1980-an dulu terkenal dengan tarikan pancuran air berirama, mengembalikan tarikan ini dengan versi moden.



Dua persembahan selama lima minit setiap sesi berlangsung setiap hari.



Ia akan beroperasi setiap setengah jam daripada 11 pagi hingga 5 petang, kecuali waktu rehat, 2 petang hingga 3 petang.



Pada waktu malam pula, persembahan bercirikan visual tiga dimensi (3D) 'Wings of Time' akan berlangsung, dimeriahkan dengan pertunjukan piroteknik.



Tiket untuk mendapatkan tempat duduk persembahan ialah $18 seorang dan ia berlangsung setiap hari pada 7.30 malam, dengan pertunjukan tambahan pada 8.30 malam sehingga akhir September.



MAKANAN JALANAN ANTARABANGSA



Makanan pada harga bawah $10 boleh didapati di bazar yang mengetengahkan lapan konsep sajian.



Ia dijual di gerai-gerai yang berupa trak makanan, van vintaj dan kontena yang diguna semula sebagai tempat menjamu semula. Makanan halal juga disediakan.



Bazar makan ini dibuka setiap hari dari 10.15 pagi hingga 9.30 malam.



PERMAINAN KARNIVAL DAN SIMULASI BOT



Tarikan ini akan dibuka pada Disember.



Penggemar adrenalin boleh mengalami perlumbaan bot berkelajuan tinggi dengan simulator sementara mereka yang bermain permainan karnival berpeluang memenangi hadiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >