Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan FairPrice boleh derma Linkpoints pada badan amal mulai 12 Jun

Jun 12, 2023 | 06:59 PM



Pelanggan pasar raya FairPrice kini boleh menderma Linkpoints yang dikumpul dalam akaun mereka kepada badan amal menerusi satu ciri baru aplikasinya mulai 12 Jun.

Menerusi halaman “Rewards” dalam aplikasi FairPrice Group (FPG), pengguna boleh menderma Linkpoints mereka kepada badan amal seperti Bank Makanan Singapura (FBSG) dan Food From The Heart (FFTH) yang bermatlamat menawarkan makanan kepada golongan memerlukan.

Pengguna boleh menderma dengan denominasi $5 atau $10 kepada badan amal tersebut secara langsung dalam aplikasi itu dengan kadar penukarannya kini ditetapkan pada $1 bagi setiap 100 Linkpoints.

Cara menderma adalah dengan menekan tab “Rewards” dan memasuki kategori “Do Good” dan kemudian memilih badan amal serta jumlah wang yang ingin diderma.

Pada hujung setiap bulan, Linkpoints yang telah didermakan itu akan ditukar kepada nilai wang setaraf dengannya dan diagihkan kepada badan amal yang dipilih itu.

Linkpoints adalah satu kaedah imbalan oleh FairPrice yang diberi kepada pelanggan yang menyertai Program Ganjaran Link apabila mereka berbelanja di pasar raya kendalian kumpulan atau secara dalam talian.

Ahli termasuk pemegang kad Link dan pengguna aplikasi FPG.

Linkpoints juga boleh ditebus bagi mendapatkan diskaun tertentu atau produk dan perkhidmatan jenama yang menyertai program itu.

Dalam kenyataannya pada Isnin, Kumpulan FairPrice Group berkata meskipun Singapura merupakan antara negara termaju di dunia dan mempunyai jaminan bekalan makanan yang mencukupi, satu kajian oleh Bank Makanan dan Pusat Lien bagi Inovasi Sosial, Universiti Pengurusan Singapura (SMU), pada 2020 mendapati satu dalam setiap 10 isi rumah di sini menghadapi ketidaktentuan bekalan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Dengan harga barangan keperluan kian meningkat di sini, Singapura juga sedang mengalami sekitaran inflasi tertinggi dalam 14 tahun.

FPG berkata ia berharap dapat bekerjasama dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang agar dapat memberi jaminan bekalan makanan mencukupi bagi semua warga di sini.

“Membantu mereka yang terdedah dalam masyarakat ini memerlukan kerjasama satu sama lain dan kami ingin berganding bahu bersama ahli Link kami untuk menjayakan usaha ini,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Pelanggan FPG, Encik Alvin Neo.

“Ia adalah satu harapan bagi kami bahawa dengan membolehkan pengguna menderma Linkpoints mereka dengan mudah menerusi aplikasi FPG, ia akan menggalak lebih ramai menyumbang balik kepada masyarakat kami.”

Menurut FairPrice, terdapat seramai 2.4 ahli program Link.

Encik Neo, yang juga Pengarah Urusan NTUC Link, berkata dengan bilangan itu, apabila ahli tersebut mendermakan Linkpoints mereka, ia akan “membawa manfaat yang ketara kepada keluarga susah di Singapura agar mereka tidak tidur dalam keadaan lapar”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >