Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan semak skim bantuan, pastikan ia kekal penuhi keperluan golongan memerlukan

Oct 03, 2023 | 03:39 PM



Pemerintah akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan masyarakat untuk memastikan keluarga yang memerlukan menerima sokongan dan bantuan yang mencukupi.

Ini bukan hanya dari segi bantuan fizikal seperti makanan, tempat berteduh dan pengangkutan, malah merangkumi sokongan sosio-psikologi seperti hubungan sosial dan sokongan emosi.

Pemerintah juga akan terus menyemak skim-skim bantuan yang bertujuan meringankan beban golongan ini – seperti ComCare – demi memastikan ia terus berupaya memenuhi keperluan golongan tersebut, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.

Berkata demikian di Parlimen pada Selasa, Encik Chua berkata semasa semakan tersebut, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan mempertimbang bantuan lain yang perlu disediakan di bawah skim tersebut.

Beliau berkata demikian dalam respons terhadap soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) mengenai definisi “keperluan asas” yang dipegang pemerintah dan sama ada ia akan merangkumi keperluan selain perumahan dan makanan.

“Keperluan asas bukan sahaja dari segi biologi dan fizikal seperti makanan, tempat berteduh dan pengangkutan, malah keperluan sosio-psikologi seperti hubungan sosial dan sokongan emosi.

“Pemerintah bekerjasama dengan masyarakat untuk menyediakan pelbagai sokongan kepada keluarga yang menghadapi kesukaran memenuhi keperluan ini dengan sendirinya,” kata Encik Chua.

Memberi contoh bagaimana skim ComCare disemak, Encik Chua berkata pelan data telefon bimbit kini turut dimasukkan di bawah bantuan ComCare sedang keterhubungan digital “yang membolehkan hubungan manusia” merupakan keperluan asas dalam masyarakat moden.

Selain ComCare, skim dan program yang disediakan pemerintah membolehkan individu berpendapatan rendah memenuhi keperluan lain, termasuk skim MediFund, Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Skim Akses Digital@Rumah.

Encik Chua turut menekankan pentingnya peranan rakan kongsi masyarakat, termasuk agensi khidmat sosial dan pertubuhan akar umbi, dalam mengusahakan inisiatif yang turut membantu golongan tersebut seperti khidmat ‘befriender’ bagi memelihara kesejahteraan sosial dan psikologi warga emas.

Mengenai usaha menangani ketidaksamaan pendapatan, Encik Chua berkata selain memenuhi keperluan asas, tumpuan juga perlu diberikan terhadap usaha menyediakan peluang yang setara bagi golongan yang kurang bernasib baik.

Ini termasuk melalui inisiatif seperti ComLink, di mana keperluan keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak dan tinggal di flat sewa terus dikenal pasti secara proaktif dalam melakar usaha ke arah membentuk masa depan yang lebih baik untuk mereka.

Usaha ini melibatkan agensi pemerintah, agensi khidmat sosial, pihak korporat dan sukarelawan, ujarnya.

“Usaha kolektif ini penting dalam mengukuhkan kompak sosial Singapura dan dalam membina masyarakat yang penyayang dan terangkum,” kata Encik Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >