Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penjara bagi pegawai CNB subahat tukar sampel air kencing pesalah dadah

CNB
Nov 25, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) dan bekas rakan sekerjanya di agensi itu dihukum penjara semalam kerana bekerjasama untuk mengubah sampel air kencing seorang penyalah guna dadah yang dianggap sebagai orang sukar ditangani.



Abdul Rahman Kadir, 46 tahun, yang sedang digantung jawatannya, dijatuhi hukuman penjara dua tahun.



Muhammad Zuhairi Zainuri, 34 tahun, yang meletak jawatan daripada CNB Februari lalu, dihukum penjara satu tahun 10 bulan.



Selepas perbicaraan, mereka didapati bersalah September lalu, setiap seorang dengan satu pertuduhan terlibat dalam satu pakatan untuk sengaja menghalang proses keadilan.



Pegawai ketiga dalam kes tersebut, Mohamed Hafiz Lan, yang ketika itu berusia 41 tahun, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Ogos 2020 selepas dia mengaku bersalah bagi pertuduhan sama.



Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Alan Loh dan Encik Thiagesh Sukumaran, menyatakan dalam hujah mereka bahawa penyalah guna dadah Maung Moe Min Oo, 32 tahun, dan seorang wanita Thailand ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 15 Ogos 2018 kerana disyaki mengambil dadah.



Maung, yang adalah seorang warga Singapura, tahu dia akan gagal ujian dadahnya kerana sebelum ini dia mengambil dadah methamphetamine.



Pihak pendakwa berkata: "Sebagai bekas pesalah dadah yang telah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah (DRC) sebelum ini, Maung juga tahu jika air kencingnya didapati positif dadah terlarang sekali lagi, dia akan dihantar ke DRC untuk kali kedua.



"Maung bimbang jika dia dihantar ke DRC sekali lagi, isterinya akan meninggalkannya dan dia akan kehilangan hak penjagaan dua anaknya."



Semasa kejadian itu, Maung berada dalam bilik temu duga dan meminta Abdul Rahman membantunya lulus Ujian Air Kencing Instan (IUT).



Zuhairi keluar dari bilik temu duga itu pada 12.17 pagi untuk bercakap bersama Hafiz, dan mereka bersetuju untuk menukar sampel air kencing Maung dengan sampel air kending Hafiz yang IUT negatif agar dia boleh meninggalkan pejabat CNB lebih cepat.



Maung dan wanita Thailand itu 'lulus' IUT itu dan diiring pegawai penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) keluar sekitar 1.20 pagi. Pasangan itu kemudian beredar untuk pergi ke Malaysia.



Kesalahan itu terbongkar apabila pasukan CNB lain menahan Maung di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 17 Ogos 2018.



Air kencing Maung didapati mengandungi kesan methamphetamine dan dia ditahan di DRC.



DPP berkata konspirasi itu terdedah apabila Maung menjelaskan bahawa Abdul Rahman membantu dia lulus IUT yang dijalankan sehari sebelum itu.



Abdul Rahman dan Zuhairi merancang merayu terhadap sabitan dan hukuman mereka, dan dibebaskan dengan ikat jamin $20,000 seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >