Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GOLF

Peranan Woods wakili pemain Jelajah PGA

Aug 02, 2023 | 02:28 PM



MIAMI (Amerika Syarikat): Tiger Woods menyertai lembaga dasar Jelajah PGA, umum jelajah itu pada Selasa, dalam usaha meredakan ketegangan dalam kalangan pemain mengenai rahsia menyelubungi rundingan penggabungan kontroversi dengan LIV Golf.


Juara 15 kejohanan major itu, penyokong tegar Jelajah PGA dalam menentang LIV sebelum ini, akan mempunyai kata putus dalam meluluskan perjanjian dengan Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, rangka kerja yang dibentangkan pada Jun lalu yang sekali gus mengejutkan pemain jelajah.


“Saya berbesar hati untuk mewakili pemain Jelajah PGA,” kata Woods dalam satu kenyataan.

“Ini satu masa yang kritikal terhadap jelajah dan pemain akan melakukan yang terbaik untuk memastikan sebarang perubahan dalam operasi jelajah akan dinikmati bersama semua pihak berkepentingan, termasuk peminat, penaja dan pemain.”

Pesuruhjaya PGA Jay Monahan, yang dikecam teruk oleh pemain kerana urusan rundingan bersama LIV sejak beliau membuat pengumuman itu berkata, peraturan masa depan akan menyaksikan pembabitan dan kelulusan enam pemain dalam lembaga pengarah, termasuk Woods dan Rory McIlroy.

Ia memberikan wakil pemain lebih peluang dalam lembaga pengarah 11 ahli itu dan kuasa dalam setiap keputusan berhubung persetujuan muktamad dengan PIF dari Arab Saudi.

Penasihat khas kepada lembaga pengarah pemain, Colin Neville memahami dengan jelas mengenai rundingan “kerangka persetujuan” bersama LIV, yang perlu diluluskan oleh lembaga hujung tahun ini dalam usaha menjayakan penggabungan kontroversi itu.

“Pemain berterima kasih kepada Monahan kerana bersetuju menangani kebimbangan kami dan kami tidak sabar untuk berunding dengannya sekali gus membuat keputusan tepat bagi masa depan permainan yang kami cintai ini,” kata Woods. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >