Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan muflis naik ke paras tertinggi dalam 17 tahun pada 2022

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



PERMOHONAN kemuflisan oleh individu di Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam 17 tahun pada tahun lalu, tetapi permohonan bagi syarikat untuk dibubarkan secara wajib merosot - trend di mana peguam dan ahli ekonomi berkata mungkin kerana pemilik perniagaan dimasukkan ke dalam perangkaan kemuflisan peribadi.



Data daripada Pejabat Muflis Kementerian Undang-Undang menunjukkan jumlah permohonan kebankrapan - sama ada dilakukan oleh individu secara sendiri atau bagi pihak pemiutang mereka - pada 2022 ialah 3,648. Ini merupakan 15.4 peratus lebih tinggi berbanding 3,160 permohonan pada 2021.



Perintah kemuflisan yang dibuat oleh mahkamah, yang mengisytiharkan individu muflis, mencapai 958 pada 2022, satu penurunan berbanding 1,003 pada 2021.



Jumlah permohonan kemuflisan merupakan yang tertinggi sejak 2005, apabila 4,078 permohonan difailkan.



Terdapat 257 permohonan yang difailkan bagi pembubaran wajib pada 2022, berbanding dengan 260 pada tahun sebelumnya.



Walaupun ia lebih tinggi berbanding 224 permohonan pada 2020, ia masih jauh daripada kemuncak sebelum pandemik iaitu 406 pada 2019.



Trend itu kemungkinannya berpunca daripada hakikat bahawa ramai individu yang memfail bagi pemuflisan melakukan demikian atas sebab-sebab perniagaan, kata ahli ekonomi CIMB, Encik Song Seng Wun, kepada akhbar The Business Times.



Pengarah Fullerton Law Chambers, Encik Tham Wei Chern, berkata hal demikian itu berlaku terutamanya bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana, di mana ramai mendapati diri mereka menanggung liabiliti peribadi, atau sebagai penjamin bagi hutang syarikat mereka.



Pemiutang entiti korporat, sebaliknya, mempunyai sedikit insentif untuk menutup syarikat, dan pembubaran biasanya merupakan pilihan terakhir, menurut rakan TSMP Law Corporation, Cik Felicia Tan.



"Seorang muflis boleh dan patut terus digajikan, tetapi jika sebuah syarikat ditutup, ia tidak lagi wujud - yang bermakna ia tidak lagi boleh berniaga untuk memperbaiki pembayaran balik kepada pemiutang," katanya.



Encik Song daripada CIMB berkata kenaikan dalam permohonan individu untuk bankrap mungkin juga disebabkan "kelewatan masa" sejak apabila pemilik perniagaan mula menghadapi kesukaran sewaktu sekatan era Covid-19:



"Jika anda muflis pada 2022, ia bermakna masalah itu bermula pada 2020 atau 2021."



Pengurangan selanjutnya bagi langkah sokongan sementara berkaitan Covid-19, seperti bantuan dan moratorium mengenai langkah pemulihan hutang, mungkin juga boleh membantu menjelaskan peningkatan dalam angka 2022, kata Cik Tan.



Para pemerhati mempunyai pendapat berlainan bagi unjuran 2023.



Ecnik Tham dari Fullerton Law Chambers berkata:



"Kami menjangkakan permohonan (bankrapsi) kekal tinggi pada 2023. Ini disebabkan penamatan langkah sokongan Covid-19, serta kadar faedah tinggi serta sekitaran inflasi semasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >