Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit cacar monyet boleh pulih di rumah jika stabil

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



PESAKIT cacar monyet dibenarkan pulih di rumah mulai esok, jika mereka dinilai mantap secara klinikal oleh doktor dan kediaman mereka dianggap sesuai, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Mereka boleh pulih di kediaman mereka di bawah Program Pemulihan Rumah, tetapi pesakit yang dinilai berisiko tinggi mengalami komplikasi akan terus diurus di hospital.



Pada masa ini, semua kes sah yang dinilai oleh hospital awam sebagai mantap secara klinikal pulih dengan sokongan teleperubatan di kemudahan pengasingan cacar monyet,



Semua kes cacar monyet sah dikenakan perintah pengasingan dan dikehendaki di bawah Akta Penyakit Berjangkit terus diasingkan hingga mereka dinilai secara perubatan sebagai tidak berjangkit.



Mereka akan dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) pada akhir tempoh pengasingan untuk menjalani semakan sebelum dibenarkan keluar daripada pengasingan.



"Sekiranya mereka dinilai secara perubatan telah pulih sepenuhnya, mereka boleh keluar daripada pengasingan. Jika mereka belum sembuh, mereka akan terus diasingkan hingga semakan pelepasan yang dilantik seterusnya," kata MOH.



Pengasingan sesuai bermakna pesakit boleh mengasingkan diri dalam bilik tidur yang ada bilik air. Rumah itu mesti mempunyai bilik mandi lain bagi penghuni lain.



Selain itu, tiada isi rumah hamil, berumur bawah 12 tahun atau 80 tahun dan ke atas, sedang menjalani dialisis, mempunyai sistem imun lemah, atau menggunakan imunosupresan, iaitu ubat yang menurunkan keupayaan tubuh untuk menolak organ yang dipindahkan.



Mereka yang berisiko tinggi dijangkiti, misalnya mereka yang memerlukan penjagaan, juga tidak seharusnya tinggal di rumah, kata MOH.



Selain itu, isi rumah tidak harus mempunyai haiwan peliharaan di rumah.



"Ini adalah untuk mengelakkan sebarang penularan haiwan ke manusia yang mungkin berlaku apabila haiwan terkena cacar monyet daripada orang yang dijangkiti dan kemudian merebak kepada orang lain melalui gigitan, calar atau melalui sentuhan langsung dengan kulit, mukosa, darah dan cecair badan," tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >