Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program cari kerja dekat rumah disedia di Radin Mas

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



USAHA penduduk Radin Mas untuk mencari pekerjaan berdekatan dengan rumah mereka kini dipermudah melalui pelancaran Program Pekerjaan Berdekatan dengan Rumah.



Program tersebut yang bertujuan membantu individu mendapatkan pekerjaan yang memerlukan masa perjalanan lebih singkat, merupakan hasil kerjasama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF) serta Pejabat Daerah Radin Mas.



Sebagai sebahagian daripada projek perintis itu, SMF juga bekerjasama dengan sebanyak 30 persatuan dari sektor perkilangan sekitar lima kilometer di sekeliling kawasan Radin Mas.



SMF juga akan menempatkan jurulatih kerjaya di Kelab Masyarakat Radin Mas setiap Rabu mulai hari ini untuk mewujudkan temu ramah pekerjaan dan memadankan pemohon dengan pelbagai pertubuhan dalam beberapa industri.



Ini termasuk industri perkilangan makanan, automasi, logistik, hospitaliti dan perkhidmatan.



Antara pekerjaan yang kini ditawarkan melalui pertubuhan tersebut termasuk juruteknik, pegawai pentadbiran dan jurutera dengan gaji bulanan antara $1,400 hingga $3,600.



Program tersebut menambah kepada usaha pemadanan pekerjaan sedia ada di estet Radin Mas yang merupakan kerjasama dengan Pergerakan Buruh.



Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC sebelum ini bekerjasama dengan Radin Mas untuk mewujudkan pameran pekerjaan yang dapat membantu usaha penduduk yang ingin mencari kerja.



Penolong Setiausaha Agung dan penasihat akar umbi di Radin Mas, Encik Melvin Yong, berkata beliau gembira melihat sokongan yang diberikan SMF dan pertubuhan lain kerana menyediakan pekerjaan dalam sektor pengilangan kepada penduduk Radin Mas.



"Beberapa penduduk telah memberitahu saya bahawa mereka perlu mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumah mereka, disebabkan tanggungjawab penjagaan yang perlu dilaksanakan di rumah.



"Namun,Pr mereka mungkin tidak tahu ke mana untuk mencari pekerjaan seperti itu," katanya.



Katanya, melalui program tersebut penduduk boleh dipadankan dengan syarikat berdekatan dengan perjalanan singkat yang mungkin hanya memerlukan satu khidmat bas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >