Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMANGAT WATAN

Program pendamping bantu bapa tunggal hadapi tekanan

Masalah spektrum autisme merupakan satu masalah pembangunan yang menjejas keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Mereka yang mengalamui autisme juga memaparkan gaya kelakuan yang berulang dan terhad. Seorang daripada setiap 150 kanak-kanak di Singapura mengalami autisme, kadar yang lebih tinggi berbanding perangkaan global oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), iaitu seorang daripada setiap 160 kanak-kanak. Sempena Hari Kesedaran Autisme yang jatuh pada 2 April, BERITA HARIAN memaparkan kisah seorang bapa tunggal membesarkan anak yang mengalami autisme, dengan sokongan masyarakat.
Beliau mempunyai anak autistik dipadan dengan pendamping menerusi inisiatif Carebuddy CaringSG
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



BELIAU mengalami tempoh paling gelap dalam kehidupannya apabila berpisah dengan isterinya pada 2022, menjadikannya bertanggungjawab menjaga anak lelaki mereka yang autistik, Farrel Alfatih Yusman, tujuh tahun, serta dua anak perempuan yang sukar menerima perceraian pasangan itu.



Encik Yusman Kamis, 55 tahun, juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 26 tahun, seorang jurutera sofwe yang telah berpindah supaya lebih dekat dengan tempat kerjanya.



Encik Yusman berkata: "Selain meltdown (keadaan seseorang hilang kawalan ke atas kelakuannya dan mengamuk) yang kerap berlaku, beberapa bulan pertama itu amat menyedihkan kerana Farrel akan cuba memeluk dan mencium wanita yang kami lihat semasa berada di luar kerana dia fikir mereka ibunya.



"Sukar sekali apabila kami keluar dan melihat sebuah keluarga."



Kelakuan anaknya itu akhirnya berhenti tetapi pegawai keselamatan itu bertambah letih kerana beliau juga masak buat keluarganya untuk berjimat.



Beliau juga melakukan kerja rumah, termasuk memandikan anak bongsunya setiap hari.



"Mujur, majikan saya membenarkan saya bekerja sambilan, dengan saya mendapat separuh daripada gaji saya sebelum ini. Ini bermakna saya dapat menjaga Farrel selepas dia pulang dari sekolah," ujar Encik Yusman yang sudah berumah tangga selama 25 tahun sebelum berpisah dengan isterinya.



Namun, beliau bertambah bimbang apabila salah seorang anak perempuannya mula mengalami cabaran dari segi mental semasa proses perceraian.



Dua anak perempuannya, yang berusia 23 dan 24 tahun, merupakan mahasiswi.



"Sudah banyak kali tekanan yang saya alami itu membuat saya buntu," kata Encik Yusman.



Dek amat tertekan, beliau mencari cara menangani tekanan menerusi Internet dan menemui CaringSG, rangkaian sokongan bagi penjaga kanak-kanak berkeperluan khas dan kurang upaya.



Beliau antara 26 penjaga orang kurang upaya dan berkeperluan khas yang didampingi menerusi rangkaian tersebut.



CaringSG merupakan badan amal yang diterajui penjaga yang ditubuhkan pada Julai 2021.



Encik Yusman dipadankan dengan Encik Lim Chin Teong menerusi inisiatif sokongan rakan Carebuddy CaringSG.



Encik Lim, 41 tahun, bapa seorang anak. Beliau mahu membantu kaum Adam lain mengatasi tekanan yang pernah beliau alami apabila anak lelakinya didiagnos dengan autisme ketika dia berumur dua tahun.



Kanak-kanak itu kini berusia tujuh tahun.



"Saya fikir saya boleh bermain bola sepak dan berbual panjang sambil minum dengan anak lelaki saya apabila dia besar nanti tetapi kehidupan ini kadangkala tidak seperti yang kita fikir.



"Saya ingat lagi hari-hari selepas mendapat tahu anak saya mempunyai autisme... rasa putus harapan," ujar beliau.



Encik Lim dan isterinya, yang bekerja di sebuah bank, sebelum ini membelanjakan ribuan dolar sebulan bagi sesi terapi harian bagi anak mereka.



"Namun selepas beberapa tahun pertama, kami sedar adalah lebih baik dia sebagai dirinya sendiri dan nikmati pengalaman belajar mengikut kelajuannya sendiri," ujarnya.



Apabila mereka bertemu dengan ibu bapa lain yang pernah melalui pengalaman serupa di kumpulan sembang, pasangan itu rasa kurang sendirian.



Oleh itu apabila beliau ditanya jika beliau mahu membantu kaum bapa lain sepertinya menerusi program Carebuddy, Encik Lim mengalu-alukan peluang itu.



Apabila beliau bertemu dengan Encik Yusman, Encik Lim terkejut kerana baginya, beliau yang sepatutnya belajar daripada bapa tunggal empat anak yang lebih matang daripadanya itu.



"Namun saya sedar, beliau mungkin memerlukan tempat mengadu tanpa dihakimi," ujar Encik Lim.



Meskipun sokongan rasmi sepanjang enam bulan itu berakhir pada September 2022, kedua-dua bapa itu masih saling menghubungi.



"Chin Teong seorang rakan yang baik kerana beliau berkongsi dengan saya bagaimana beliau menangani tekanan dan merujukkan saya kepada sumber bantuan," kata Encik Yusman yang turut mendapatkan sokongan lain daripada badan bantu diri Yayasan Mendaki serta pertubuhan lain.



Orang ramai yang berminat boleh mendaftar bagi program Carebuddy menerusi laman web caring.sg/carebuddy.




"Saya fikir saya boleh bermain bola sepak dan berbual panjang sambil minum dengan anak lelaki saya apabila dia besar nanti tetapi kehidupan ini kadangkala tidak seperti yang kita fikir. Saya ingat lagi hari-hari selepas mendapat tahu anak saya mempunyai autisme... rasa putus harapan."
- Encik Yusman Kamis, seorang bapa tunggal.




TALIAN BANTUAN



KESIHATAN MENTAL



- Talian bantuan kesihatan mental Institut Kesihatan Mental (IMH): 6389-2222 (24 jam)



- Samaritan Singapura (SOS): 1800-221-4444 (24 jam) /1-767 (24 jam)



- Persatuan bagi Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019



- Reben Perak Singapura: 6386-1928



- Tinkle Friend: 1800-274-4788



- Pasukan Penilaian Kesihatan Masyarakat: 6493-6500/1



KAUNSELING



- TOUCHline (kaunseling): 1800-377-2252



- TOUCH Care Line (bagi warga emas dan penjaga): 6804-6555



- Pusat Kaunseling Care Corner: 6353-1180



SUMBER DI DALAM TALIAN



- mindline.sg



stayprepared.sg/mymentalhealth



- eC2.sg



- www.tinklefriend.sg



- www.chat.mentalhealth.sg



- carey.carecorner.org.sg



- www.impart.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >