Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 400,000 pemegang kad Kopitiam alih kepada aplikasi digital FairPrice

Kegunaan kad tersebut akan dihentikan selepas 30 Jun
Apr 06, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 400,000 orang yang memegang kad Kopitiam telah beralih kepada aplikasi digital FairPrice sejak 1 Mac sedang tarikh luput kian hampir bagi kad tersebut, yang akan dihentikan penggunaannya selepas 30 Jun.



Daripada kesemua pemegang kad tersebut, tujuh daripada setiap 10 orang mengubah baki nilai yang tersimpan dalam kad-kad tersebut kepada mata Linkpoints pada aplikasi itu, kata Kumpulan FairPrice pada Rabu.



Tokokan bagi kad-kad Kopitiam akan berakhir pada 1 Mac.



Sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times, FairPrice berkata lebih 1.3 juta kad Kopitiam dimiliki orang ramai, dan 400,000 pengguna yang telah beralih kepada penggunaan aplikasi tersebut membentuk sekitar 30 peratus daripada pemegang kad.



Para pemegang kad akan dapat menggunakan nilai tersimpan dalam kad-kad mereka sehingga 30 Jun.



Mereka yang tidak beralih kepada aplikasi itu selepas tarikh tersebut akan hilang jumlah baki dalam kad.



Bagi memudahkan peralihan kepada aplikasi itu, Kopitiam telah menempatkan lebih 80 pendamping digital di beberapa tempat terpilih di 15 cawangan dengan jumlah pelanggan yang tinggi sehingga Jun ini bagi membantu para pelanggan, terutamanya warga senja, memuat turun aplikasi tersebut dan mula meraih mata Linkpoints.



Pendamping digital akan ditempatkan di cawangan Kopitiam serata pulau, di lokasi seperti Jurong Point, Lau Pa Sat dan Northpoint City serta Tampines Mall sehingga Jun.



Apabila kad Kopitiam tidak lagi diteruskan, para pelanggan yang masih ingin menerima diskaun 10 peratus bagi pembelian mereka akan perlu membayar sajian mereka menggunakan aplikasi FairPrice, yang dikaitkan kepada kad debit atau kredit.



Para pelanggan boleh mengumpul mata Linkpoints setiap kali membeli barangan di perniagaan Kumpulan FairPrice seperti di pasar rayanya, kedai Cheers dan farmasi Unity.



Mata terkumpul boleh digunakan bagi bayaran barangan keperluan dapur di pasar raya FairPrice dan sajian di cawangan Kopitiam.



Sebanyak 100 mata Linkpoints sejajar dengan sedolar.



Justeru, satu set sarapan berharga $3 di Kopitiam boleh diperolehi menggunakan 300 mata Linkpoints.



Kumpulan FairPrice berkata bilangan pelanggan yang menggunakan aplikasi tersebut telah bertambah seganda sepanjang 12 bulan lalu.



Pada Mac, ia mencatatkan 1.1 juta pengguna yang aktif.



Aplikasi tersebut juga membenarkan pelanggan mengelak daripada beratur secara fizikal dengan membuat tempahan awal bagi sajian mereka menggunakan khidmat Click and Collect di 26 cawangan Kopitiam yang turut serta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >