Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMRT, lima politeknik meterai MOU tingkat hubungan industri, akademia

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



DALAM memastikan Singapura kekal berdaya saing, Singapura mempunyai banyak sebab untuk mengetatkan hubungan antara industri dan akademia.



Demikian kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya di majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara SMRT dan semua lima politeknik di Singapura.



"Kerjasama SMRT dan politeknik adalah contoh penting yang menunjukkan apa yang kami mahu lakukan, bukan dengan SMRT sahaja, malah banyak syarikat besar lain di seluruh industri.



"Saya yakin bahawa industri dan ahli akademik akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini," ujar Encik Chan, yang merupakan tetamu hormat majlis itu.



Turut menghadiri majlis itu ialah Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming.



MOU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SMRT, Encik Ngien Hoon Ping; pengetua merangkap CEO Politeknik Nanyang, Cik Jeanne Liew; Politeknik Ngee Ann, Encik Lim Kok Kiang; Politeknik Republic, Encik Yeo Li Pheow; Politeknik Singapore, Encik Soh Wai Wah, dan Politeknik Temasek, Encik Peter Lam.



Kerjasama itu juga dibina atas usaha SMRT yang berterusan untuk meningkatkan kesediaan tenaga kerja dan kebolehkerjaan, serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat bagi pekerjanya.



Encik Ngien berkata menandatangani MOU itu menggariskan komitmen SMRT yang kukuh untuk jangka panjang bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar yang telah tamat sekolah.



"Kami ingin terus menyediakan latihan berkaitan dengan industri dan pendidikan sepanjang hayat bagi kakiktangan kami. Antara lain, SMRT juga telah merasmikan peluasan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IHL) dalam pelbagai bidang.



"Antaranya ialah kerja terikat SMRT dengan pendidik IHL, menerusi pengaturan fleksibel. Kami mengalu-alukan lebih ramai kakitangan akademik mengalami apa pelajar mereka akan lakukan di SMRT," kata Encik Seah dalam ucapannya.



Seorang penolong pengurus stesen di MRT Choa Chu Kang, Cik Farah Maszaid, 32 tahun, adalah antara kakitangan yang akan mula menyambung pelajran bulan depan.



Beliau akan mengambil diploma kejuruteraan (pengurusan operasi dan kejuruteraan) di Politeknik Republic.



"Saya memang sudah lama ingin sambung belajar dan dengan sokongan rakan kerja serta bos, saya rasa lebih terdorong untuk memulakan pelajaran sekali lagi," ujar beliau, yang telah 10 tahun bekerja bersama SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >