Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Indonesia perkukuh hubungan dalam pemerkasaan wanita

Perlindungan kanak-kanak, pembangunan keluarga juga ditandatangani dalam MOU
Nov 09, 2022 | 05:30 AM



INDONESIA dan Singapura telah memperkukuh kerjasama dua pihak semalam dengan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) berkenaan pemerkasaan wanita, perlindungan kanak-kanak dan pembangunan keluarga antara Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak (MoWECP) Indonesia dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Singapura.



MOU tersebut ditandatangani Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Cik I Gusti Ayu Bintang Darmawati, dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sebagai sampingan kepada Simposium Serantau Konsortium Ketiga Institusi Keluarga di Rantau Asia (Cifa) dan Persidangan Keluarga Asia MSF.



Sebelum majlis tandatangan MOU itu, kedua-dua menteri mengadakan mesyuarat untuk bertukar pandangan mengenai isu yang menjadi kepentingan bersama, menurut satu kenyataan media bersama semalam.



MOU itu membentuk asas bagi MoWECP dan MSF untuk menjalankan kegiatan kerjasama mengenai pemerkasaan wanita, perlindungan kanak-kanak dan pembangunan keluarga, seperti berkongsi amalan terbaik dan bertukar maklumat, program bekerja sambil belajar, penglibatan dalam acara dan program latihan yang dijalankan kedua-dua kementerian.



Cik Bintang menyatakan bahawa penandatangan MOU itu akan menjadi sokongan berharga buat Indonesia dan merupakan detik bersejarah, memandangkan ia merupakan kerjasama pertama antara kedua-dua kementerian itu lebih-lebih lagi berkenaan isu pemerkasaan wanita, perlindungan kanak-kanak dan pembangunan keluarga.



"Pemerintah Indonesia berharap bahawa susulan MOU itu akan cepat dicapai dengan program dan kegiatan dalam kedua-dua negara," menurut kenyataan tersebut.



Encik Masagos menegaskan kepentingan MOU itu sebagai perjanjian rangka kerja utama buat MoWECP dan MSF untuk mendalami pendekatan dan persahabatan mereka.



Ia menunjukkan komitmen kedua-dua kementerian untuk saling belajar daripada satu sama lain mengenai amalan terbaik dan pengalaman untuk menyokong pemerkasaan wanita, mempertingkat perlindungan kanak-kanak dan memperkukuh pembangunan keluarga di Indonesia dan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >