Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, M'sia dan Indonesia sambut Raya Sabtu

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



UMAT Islam Singapura bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 April 2023.



Negara jiran, Malaysia, Indonesia dan Brunei juga telah mengumumkan 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu.



Namun, Pusat Muhammadiyah Indonesia awal sebelum ini menetapkan Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 21 April 2023.



Mengumumkan pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri bagi Singapura pada 20 April, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang Khamis.



Ini bererti Jumaat, 21 April, adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari, dan awal bulan Syawal tahun 1444H iaitu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu, 22 April.



"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin di atas segala kekurangan.



"Semoga masyarakat Islam kita akan terus bersatu dalam menangani segala ujian dan cabaran dengan sikap rahmah dan keihsanan," tambah Ustaz Dr Nazirudin.



Mufti gesa masyarakat Islam bersatu, bersikap rahmah



Mufti Dr Nazirudin berkata beliau berharap masyarakat Islam Singapura akan terus bersatu dalam menangani segala ujian dan cabaran sambil bersikap rahmah dan keihsanan semasa menyambut Syawal.



Dr Nazirudin membuat pengumuman itu menerusi laman media sosial Muis pada sekitar 7.30 malam Khamis.



Di Singapura, bulan sabit secara amnya amat sukar untuk dilihat kerana keadaan iklim negara ini yang sering mendung.



Oleh itu, Singapura menggunakan kaedah Imkanur-rukyah (kebolehnampakan), yang baru-baru ini disemak pada 2021, berdasarkan lebih daripada 700 titik data penampakan bulan sabit dari seluruh dunia.



Sementara itu, majoriti umat Islam di negara jiran, Malaysia, Brunei dan Indonesia juga bakal menyambut 1 Syawal pada Sabtu, 22 April.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa di Malaysia berkata:



"Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu, 22 April 2023."



Keputusan tersebut adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah dan menurut hitungan falak serta ijtimak Syawal.



Majlis Raja-Raja pula mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).



Cerapan anak bulan dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan atau Rukyah yang dipengerusikan oleh Mufti setiap negeri Malaysia.



Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada pakar falak, alim ulama, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, menurut laman MalaysiaKini.



Brunei Darussalam juga mengumumkan Sabtu sebagai hari pertama Syawal 1444H.



Sementara itu, Pemerintah Indonesia dan Nahdlatul Ulama (NU), kumpulan Muslim berpengaruh di negara itu dan pertubuhan Islam terbesar di dunia, juga mengumumkan bahawa 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April.



Pengumuman tersebut dibuat setelah sidang isbat (penetapan) awal Syawal diadakan pada 20 April, menurut laporan media Indonesia.



Keputusan sidang isbat tersebut dibuat berdasarkan hasil hisab atau perkiraan berdasarkan ilmu falak.



Kiraan hisab itu kemudian disahkan lagi dengan pemantauan bulan sabit secara langsung.



Sementara itu, pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia awal sebelum ini menetapkan Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 21 April 2023.



Kementerian Agama Indonesia telah menerbitkan surat edaran penyelenggaraan Hari Raya Aidilfitri 2023, di mana Menteri Agama Indonesia, Encik Yaqut Cholil Qoumas, menyeru agar umat Islam menjaga ukhuwah Islamiah dalam menangani perbezaan awal Syawal.



Secara amnya, pihak berkuasa agama negara Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) lain mengamalkan kaedah rukyah untuk menentukan bulan-bulan Islam utama seperti Ramadan dan Syawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >