Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, M’sia latih tangani tumpahan kimia pertama sejak pandemik

Uji kecekapan rancangan tindak balas kecemasan di Linkedua yang dibangun bersama agensi sekitaran dua negara
Jul 26, 2023 | 06:04 PM



Kira-kira 16 agensi dan syarikat dari Singapura dan Malaysia menjalankan sebuah latihan pada Rabu untuk menguji kesediaan mereka menangani tumpahan kimia di Linkedua di Tuas – acara seumpama itu yang pertama sejak pandemik Covid-19.

Latihan itu, dijalankan buat kali ke-13, menguji kecekapan rancangan tindak balas kecemasan tumpahan kimia yang dibangunkan bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura dan Jabatan Sekitaran Malaysia, kata dua agensi itu pada Rabu.

Empat pertubuhan dari Singapura, termasuk polis serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan 12 dari Malaysia, seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan, terlibat dalam latihan tersebut.

Ia menjalankan simulasi kemalangan antara motosikal dengan kereta yang berlaku di hadapan sebuah lori yang mengangkut 10 dram asid hidroklorik ketika kenderaan itu menuju ke arah Singapura.

Untuk mengelak pertembungan, pemandu lori membelok lalu melanggar tembok pengadang di Linkedua, menyebabkan lima dram asid hidroklorik terjatuh ke atas jalan raya, lapor akhbar The Straits Times.


Dua dram tergolek ke arah bahagian Singapura jambatan itu dan pecah. Tiga dram kekal berada di bahagian Malaysia, dengan dua daripadanya pecah.

Atendan lori dan penunggang motosikal itu mengalami kecederaan serius, manakala pemandu lori dan kereta mengalami kecederaan ringan.

Asid hidroklorik menyebabkan kakisan dan boleh menyebabkan kelecuran. Menghidu wapnya boleh membahayakan kesihatan, menyebabkan gejala seperti tercekik, kegagalan pengaliran dan kematian.

Ketua eksekutif NEA, Encik Wong Kang Jet, berkata beliau berbesar hati melihat bagaimana agensi dari kedua-dua negara bekerjasama dalam merancang dan melaksana rancangan tindakan balas kecemasan.

“Latihan ini juga merupakan satu komitmen oleh kedua-dua negara untuk bertindak pantas dan berkesan dalam menghadapi apa jua kejadian tumpahan kimia di Linkedua Tuas, dan saya menanti-nantikan kerjasama akan datang bersama rakan sekerja kami dari Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Encik Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, ketua pengarah Jabatan Sekitaran Malaysia, berkata beliau menghargai kerjasama agensi dari kedua-dua negara.

“Kerjasama ini menunjukkan kesediaan dalam berdepan dengan sebarang kejadian tumpahan kimia yang mungkin berlaku pada masa depan, lebih-lebih lagi di Linkedua Tuas,” katanya.

Singapura dan Malaysia bersetuju kimia berbahaya akan diangkut antara kedua-dua negara hanya menerusi Linkedua apabila ia dibuka pada 1998. Memandangkan jumlah besar kimia diangkut, sebuah rancangan tindak balas dibangunkan untuk menangani kemalangan dan kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >