Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura ‘sangat kesal’ kesan operasi tentera Israel di Hospital Al-Shifa: MFA

Nov 17, 2023 | 02:36 PM



Singapura “sangat kesal” dengan kesan operasi ketenteraan Israel di Hospital Al-Shifa di Gaza dan menuntut Israel melindungi semua kemudahan perubatan serta orang awam di sana.

Kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat menyatakan:

“Kami sangat menggesa Israel melakukan sedaya upaya melindungi semua orang awam dan kemudahan perubatan di Gaza. Kami menggesa semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Prasarana awam, termasuk hospital dan sekolah, harus dilindungi.”

Kenyataan itu menambah: “Hamas tidak seharusnya menggunakan tempat-tempat ini bagi tujuan ketenteraan atau menggunakan orang awam sebagai perisai manusia”.

Pada Rabu, tentera Israel memasuki hospital terbesar di Gaza itu berikutan pengepungan berhari-hari kawasan tersebut.

Mereka melakukan pemeriksaan di bilik-bilik dan ruang bawah tanahnya, menurut saksi yang berada di tempat kejadian.

Menurut saksi lagi, pasukan Israel telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di setiap sudut hospital, termasuk ruang bawah tanah yang biasanya digunakan untuk penyimpanan peralatan perubatan dan bahan kecemasan.

Sebelum ini Israel menuduh Hamas mempunyai pusat kawalan di bawah Hospital Al Shifa, yang terbesar di Gaza, dan menggunakan hospital serta terowong di bawahnya untuk menyembunyikan operasi ketenteraan dan menahan tebusan. Hamas menafikannya.

Dalam pada itu, MFA dalam kenyataannya berkata Singapura mengalu-alukan penerimaan resolusi 2712 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru agar ‘gencatan kemanusiaan’ atau humanitarian pause dan koridor kemanusiaan segera diadakan dan dilanjutkan di Gaza.


“Setiap usaha mesti dilakukan untuk penyediaan bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di seluruh Gaza. Singapura mengulangi gesaannya untuk pembebasan segera dan selamat tebusan awam di Gaza,” tegas MFA.

Kementerian itu menambah Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kerja kemanusiaannya untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza dipetik Reuters sebagai berkata, tiada air, makanan atau susu bayi di hospital itu, yang dipenuhi 650 pesakit dan sekitar 7,000 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara dan pengeboman artileri selama berminggu-minggu oleh tentera Israel.


Pihak berkuasa kesihatan Gaza mengatakan sekurang-kurangnya 11,500 orang telah disahkan terbunuh, lebih 4,700 daripada mereka kanak-kanak, dalam pengeboman dan pencerobohan darat Israel itu.

Sejak perang bermula, lebih dua pertiga daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >