Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Suntik semangat si kecil dalam persiapan ke sekolah

Ibu bapa main peranan pupuk pengalaman positif kepada anak
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



BERAT hati ini mahu meninggalkan anak kami setiap kali kami menghantarnya ke sekolah.



Setiap kali kami sampai di hadapan pintu sekolah, mulalah dia menangis teresak-esak dan enggan dilepaskan, walaupun sudah masuk minggu kedua dia di tajaka baru.



Kadangkala isteri saya akan merasa bimbang sekiranya anak kami itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.



Pengalaman memasuki persekitaran baru, terutama ke tempat di mana dia tidak mengenali sesiapa, mungkin menggerunkan bagi anak-anak kecil.



Pastinya ia memerlukan penyesuaian yang besar bukan sahaja untuk si kecil, malah juga ibu bapa.



Sebulan sebelum anak kami yang telah 'graduate' dari 'infant care' atau pusat penjagaan bayi dan kini melangkah masuk ke 'playgroup', kami sering kali memberitahunya bahawa dia akan ke sekolah baru dan tentang keseronokkan ke sekolah.



Sebagai persiapan ke 'playgroup', saya dan isteri juga cuba menyuntik semangat untuk ke sekolah ke dalam diri anak kami yang berusia 18 bulan itu dengan berkongsi tentang perkara yang boleh dia lakukan di sekolah, dengan harapan ia dapat memudahkan lagi peralihannya nanti.



Sebagai contoh kami akan memberitahunya bahawa dia dapat melakukan aktiviti kegemarannya seperti melukis dan dibacakan buku-buku cerita kanak-kanak.



Adalah penting untuk ibu bapa sentiasa bercakap tentang perkara ini kepada anak-anak mereka yang akan memulakan prasekolah, menurut pakar pediatrik dan penolong profesor di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Claire McCarthy.



Beliau berkata meskipun ini merupakan satu perkara yang jelas, namun ibu bapa tidak boleh memandang rendah kuasa naratif untuk meyakinkan dan memperkasakan diri anak-anak mereka.



"Beritahu mereka tentang apa yang boleh berlaku pada hari itu, tentang apa yang akan anda lakukan untuk bersiap sedia, bagaimana anak anda akan pergi ke sekolah, apa yang akan mereka lakukan dan bagaimana hari persekolahan akan berakhir - serta apa yang akan berlaku apabila mereka pulang ke rumah.



"Baca buku bersama-sama tentang ke sekolah. Anda perlu menerapkan sikap positif ini dan sentiasa memberikan sokongan," tambahnya.



Perkara pertama yang saya dan isteri cuba lakukan sebaik anak kami bangun dari lenanya adalah untuk menceriakan harinya dan bersikap positif.



Kami percaya bahawa tiada apa-apa perkara yang akan membantu anak anda mengekalkan sikap positif terhadap sekolah baru mereka selain sikap positif diri kita sendiri.



Jika anda bimbang tentang peralihan anak anda ke sekolah baru, dan ia jelas dilihat, anak anda mungkin juga akan berasa bimbang.



Lantaran itu, kami cuba mengelakkan segala fikiran negatif di waktu pagi, sama ada tentang pekerjaan mahupun perkara-perkara lain.



Pengendali Ilham Child Care, Cik Shahidah Ayoob Angullia, juga pernah menulis dalam ruangan akhbar ini dan berkata bahawa lebih banyak pengalaman ikatan positif yang anda hasilkan berkaitan sekolah, maka lebih baik anak anda tanganinya semasa hari pertama sekolah itu tiba.



Saya tidak akan nafikan bahawa tidak kira apa jua persediaan yang telah saya dan isteri lakukan, namun anak kami tetap berasa gusar setiap kali kami menghantarnya ke sekolah.



Beberapa pakar juga mengatakan bahawa ia mungkin akan mengambil masa sekitar dua minggu hingga sebulan, atau lebih lama, sebelum mereka selesa dengan persekitaran baru.



Semasa tempoh ini, ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka tidak "lepas tangan" begitu sahaja.



Menurut pakar psikoterapi kanak-kanak dan keluarga dan pengarang buku, The Self-Aware Parent, Dr Fran Walfish, ibu bapa harus cuba mengelak dari meninggalkan anak begitu sahaja apabila mereka menghantar anak mereka ke sekolah.



"Sesetengah anak kecil akan berasa lebih takut jika anda tiba-tiba hilang.



"Ia boleh mengambil masa sehingga sepuluh minggu untuk seorang kanak-kanak bersedia sepenuhnya untuk ditinggalkan di sekolah tanpa ibu bapa mereka.



"Cara terbaik untuk mengendalikan proses perpisahan ialah agar ibu bapa dapat ke sekolah dan menemani anak mereka pada hari pertama" ujarnya.



Bagi mengurangkan lagi rasa risau saya dan isteri tentang keadaan anak kami di sekolah, guru tajaka telah memulakan 'group chat' di WhatsApp dan sentiasa memberi kami perkembangan terkini tentang apa yang dilakukan anak kami di sekolah.



Antara nasihat yang kami dapat adalah untuk sentiasa bersabar dengan anak kami yang baru ke 'playgroup' ini.



Kami akur bahawa peralihan yang lengkap ke sekolah baru boleh mengambil masa yang agak lama, dan kami percaya bahawa anak kami ini dapat mengatasi kebimbangan sewaktu perpisahan.




"Perkara pertama yang saya dan isteri cuba lakukan sebaik anak kami bangun dari lenanya adalah untuk menceriakan harinya dan bersikap positif.
Kami percaya bahawa tiada apa-apa perkara yang akan membantu anak anda mengekalkan sikap positif terhadap sekolah baru mereka selain sikap positif diri kita sendiri."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >