Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh bayaran balik pas konsesi bulanan dilanjutkan

May 18, 2020 | 12:57 PM



Dengan tempoh ‘Pemutus Rantaian Jangkitan’ dilanjutkan selama empat minggu hingga 1 Jun ini, pengguna yang membeli Pas Konsesi Bulanan sebelum 4 April akan menerima bayaran balik.



Pembayaran balik itu adalah untuk tempoh dari 7 April hingga 1 Jun untuk semua kumpulan komuter, termasuk pelajar, dari 8 April hingga 1 Jun, atau sehingga tarikh luput pas, ikut mana yang lebih awal. 



Ia tidak mengambil kira penggunaan pas mengikut tempoh di atas.



Komuter yang membeli Pas Konsesi Bulanan mereka antara 4 dan 21 April ini juga akan menerima bayaran balik pro-rata secara automatik untuk tempoh dari 22 April hingga 1 Jun, atau hingga tarikh luput, mana yang lebih awal.



Semua bayaran balik dikeluarkan sebagai e-Baucar pengangkutan, yang boleh ditebus dari 2 Jun hingga 31 Ogos 2020 di mana-mana Mesin Tambah Nilai (AVM) atau TransitLink Kiosk (TL Kiosk). 



Komuter yang mahu membeli Tiket Konsesi Bulanan yang baru boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Tiket atau Pejabat Penggantian Kad Konsesi TransitLink bagi menggunakan jumlah yang dikembalikan untuk mengimbangi kos.



Komuter boleh melayari laman TransitLink di www.transitlink.com.sg atau menghubungi Talian hotline TransitLink di 1800-2255 663 untuk memeriksa sama ada terdapat bayaran balik untuk Pas Konsesi Bulanan mereka dari 19 Mei 2020. 



Talian beroperasi pada hari bekerja antara jam 8.00 pagi dan 6.00 petang, kecuali cuti umum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >