Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tertipu dengan SMS: $100,000 simpanan suri rumah lesap sekelip mata dari akaun Bank OCBC

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



SEKELIP mata wang simpanan $100,0000 lenyap.



Cik Siti Raudhah Mohd Ali, 33 tahun, berputih mata apabila terpedaya dengan taktik penipuan yang menjadikan pelanggan Bank OCBC sebagai sasaran.



Lebih menyedihkan wang $100,000 itu merupakan wang simpanan akaun bersama dengan suami, dan enam akaun peribadi anaknya.



Wang itu telah terkumpul selama lebih 10 tahun.



Menurut Cik Siti, suri rumah sepenuh masa, wang itu sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan harian, membayar bil serta membiayai yuran persekolahan anak-anaknya.



Anak-anaknya berusia antara 10 hingga satu tahun, sementara suaminya, guru sekolah rendah.



Menceritakan lebih lanjut, Cik Siti berkata beliau menerima pesanan ringkas (SMS) pada 28 December lalu yang berkata akaunnya akan digantung sekiranya beliau tidak mengemaskini beberapa keterangan kewangan.



Dihubungi Berita Minggu (BM) semalam, beliau berkata pada awalnya beliau tidak mengendahkan SMS itu kerana sibuk menjaga anak-anak.



"Namun beberapa jam kemudian, saya baca lagi SMS itu dan ikuti arahan dan mengklik pada pautan. Ia membawa saya ke lelaman yang mirip dengan lelaman Bank OCBC.



"Kerana bimbang akaun saya digantung dan kerana saya perlu lakukan beberapa urus niaga untuk dibuat ke akaun anak-anak pada hari itu, saya tidak berfikir panjang, dan memasukkan nama dan kata laluan serta butiran lain yang berkaitan dan mendaftar masuk ke akaun saya," jelasnya.



Namun, Cik Siti kemudian dimaklumkan bahawa had pemindahan wangnya dinaikkan kepada $100,000.



Beliau bergegas menghubungi Bank OCBC namun gagal.



Menurutnya, talian bantuan OCBC tidak dilengkapi untuk mengendalikan dengan segera penipuan yang sedang berlaku dan terpaksa menavigasi sistem automatik untuk tempoh yang lama sebelum dapat menghubungi seseorang pegawai bank.



"Dalam masa itu, saya telah menerima beberapa pemberitahuan yang menyatakan bahawa wang dalam akaun telah dipindahkan daripada akaun simpanan saya dan enam daripada akaun simpanan anak saya.



"Dalam sekelip mata, hampir $100,000 lenyap.



"Apabila saya nampak akaun bank saya semua kosong, saya memang tidak dapat fikirkan apa-apa pun," katanya sayu.



Beliau telah membuat laporan polis dan dimaklumkan siasatan akan mengambil masa selama 21 hingga 45 hari.



Mengulas mengenai pengalamannya, Cik Siti berkata beliau kini lebih waspada apabila menerima sebarang pesanan SMS.



"Selain berwaspada, satu juga perlu berhati-hati dengan sebarang pautan atau mesej yang diterima. Pengajaran ini cukup pahit dan sukar diterima dan saya berharap orang ramai tidak terpedaya," jelasnya.



Namun beliau bersyukur kerana menerima sokongan dan dorongan orang ramai termasuk keluarga, rakan-rakan dan orang awam.



Polis ini sebelum ini berkata sekurang-kurangnya 469 orang ditipu oleh mesej teks kononnya daripada OCBC Bank yang memasukkan mereka ke laman web yang kelihatan seperti halaman log masuk bank itu. Mereka kehilangan $8.5 juta secara keseluruhan selepas memasukkan butiran mereka, sekali gus menyerahkan akaun mereka kepada penipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >