Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinggal di rumah besar tidak jejas empati, keupayaan berkhidmat

Jul 03, 2023 | 09:14 PM



Sebagai seorang yang pernah tinggal di flat sewa semasa zaman mudanya, dan kemudian berpindah ke banglo kelas baik (GCB), Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata empatinya tidak pernah berkurangan.

“Saya dibesarkan di rumah sewa. Saya tinggal di Bukit Ho Swee semasa kecil. Kemudian, semasa remaja, saya tinggal di flat tiga bilik, di Blok 3 Ghim Moh.

“Kira-kira 20 tahun kemudian, sebagai Peguam Kanan, saya memiliki GCB di Astrid Hill,” kata Encik Shanmugam di Parlimen pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menambah tempat tinggalnya dahulu mahupun sekarang tidak menjejaskan keupayaannya untuk berkhidmat sambil menekankan bahawa hati dan komitmennya tetap sama sejak beliau mula berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).

Beliau berkongsi demikian semasa menjawab soalan Encik Murali Pillai (Bukit Batok) sama ada menteri yang tinggal di rumah privet sedemikian mempunyai hubungan dengan rakyat dan dapat memahami keprihatinan rakyat, dan juga sama ada tindakan sedemikian menimbulkan gambaran ketidaksamaan di Singapura.

“Empati saya tidak semakin berkurangan apabila rumah saya semakin besar ataupun apabila saya mendapat lebih banyak pendapatan.

“Saya banyak berfikir tentang ketidaksamaan dan jurang, kerana saya telah melalui jurang itu, dan telah hidup dalam kedua-dua ekstrem – flat sewa dan GCB.

“Keadaan yang saya hadapi semasa membesar, telah menyelubungi saya. Dan apabila anda telah melalui pengalaman yang saya miliki, anda tidak akan melupakannya, tidak kira sejauh mana kejayaan anda,” tambahnya.

Dalam ucapannya, beliau juga akur bahawa ramai rakyat Singapura menghadapi cabaran dalam situasi ekonomi hari ini, daripada kenaikan harga kepada inflasi yang tinggi, dan ketidaksamaan adalah salah satu isu terbesar yang dihadapi oleh Singapura dan dunia.

Walaupun begitu, beliau menekankan bahawa cara Singapura menanganinya, dan nilai yang dipegang, adalah penting.

“Keupayaan seseorang untuk berkhidmat tidak seharusnya bergantung kepada di mana dia tinggal, atau betapa miskin atau kayanya dia.

“Saya tidak percaya rumah yang saya diami telah menjejas keupayaan saya untuk berkhidmat dan berempati,” tambahnya.

Encik Shanmugam menjadi AP pada September 1988, ketika beliau berusia 29 tahun. Pada masa itu, beliau mempunyai beberapa bulan lagi sebelum menjadi Rakan Kongsi firmanya.

Meskipun beliau sedar akan menjadi amat mencabar untuk menjadi AP sambil mengimbangi kerjayanya, Encik Shanmugam berkata beliau memutuskan untuk menjadi AP “untuk menjadikan Singapura tempat yang lebih baik”.

“Pada 2008, saya telah diminta oleh Perdana Menteri untuk menjadi Menteri, kerana Profesor Jayakumar, yang sudah 20 tahun menjadi Menteri Undang-Undang ketika itu, akan berundur. Saya berumur 48 tahun, dan berada di kemuncak kerjaya saya.

“Adalah lebih mudah bagi saya untuk terus menjadi peguam sepenuh masa, daripada menyertai Kabinet. Saya juga memikirkan secara serius tentang pengurangan pendapatan,” kata Encik Shanmugam.

Menurut Encik Shanmugam, beliau telah membayar lebih daripada $2 juta dalam bentuk cukai berdasarkan pendapatan dua hingga tiga tahun antara 2005 dan 2007 sebelum beliau menjadi Menteri.

Walaupun begitu, Encik Shanmugam berkata beliau tidak menyesal dan ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan negara.

“Saya telah menghabiskan lebih separuh hayat saya di Parlimen, dan lebih separuh hidup saya bersama Chong Pang. Saya tidak menyembunyikan apa yang saya peroleh sebagai peguam; ia adalah pengetahuan umum.

“Penduduk saya menilai saya berdasarkan hati dan komitmen saya untuk berkhidmat, bukan berdasarkan pendapatan saya dan tempat tinggal saya. Mereka tahu saya ada untuk mereka; bahawa saya ada di sana untuk membantu,” kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >