Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 25 tahun ditangkap kerana gagal pindah bayaran, palsukan resit PayNow

Mar 29, 2021 | 05:13 PM



POLIS telah menangkap seorang wanita berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri kes penipuan.



Dalam kenyataannya pada Isnin (29 Mac), polis menyatakan ia telah menerima laporan daripada mangsa pada 24 Februari 2021.



Mangsa yang merupakan pekerja pengiriman makanan menyatakan beliau ditipu wanita berkenaan yang gagal membayar kos kiriman makanan kepadanya.



Setelah kiriman dibuat, wanita itu didakwa menunjukkan resit pemindahan wang menerusi PayNow yang telah dipalsukan sebagai bukti pembayaran yang dibuat kepada mangsa. Namun, sebenarnya tiada bayaran yang dipindahkan.



Menerusi siasatan susulan, pegawai dari Divisyen Polis Bedok telah mengenal pasti identiti wanita itu dan menangkapnya pada 25 Mac 2021. Wanita itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan lain.



Siasatan masih diteruskan. Jika didakwa dan didapati bersalah kelak, dia berdepan dengan kesalahan menipu yang membawa pada hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda serta kesalahan memalsukan resit untuk menipu yang membawa pada penjara hingga 10 tahun dan denda.



Bagi keterangan lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melungsuri laman www.scamalert.sg atau hubungi talian hotline Anti-Penipuan di 1800-722-6688. Sebarang maklumat tentang penipuan juga boleh dirujukkan ke talian hotline 1800-255-0000 atau menerusi laman www.police.gov.sg/iwitness



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >