Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy saksi latihan tembakan peluru hidup bersama SAF, Tentera AS di Oklahoma

Sep 20, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berada di Amerika Syarikat kelmarin untuk menyaksikan latihan tembakan peluru hidup gabungan yang dijalankan bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Darat Amerika Syarikat (Tentera AS).



Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata Latihan Daring Warrior di Fort Sill di Oklahoma itu bermula pada 28 Ogos dan tamat hari ini.



Sekitar 180 anggota daripada SAF dan Tentera AS terlibat dalam latihan itu kelmarin, termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) dikendali Batalion Ke-23 Artileri Singapura dan Sistem Roket Pelancaran Berbilang (MLRS) dikendali Rejimen Artileri Padang 3-13 Tentera AS.



Encik Zaqy menyaksikan keupayaan serangan padat Himars, kata Mindef.



Beliau juga berinteraksi bersama anggota lelaki dan wanita yang menyertai latihan itu serta melahirkan penghargaan bagi komitmen dan dedikasi mereka.



Mengulas tentang latihan itu selepas lawatannya, Encik Zaqy berkata beliau yakin pada keupayaan SAF dalam mengendali operasi, dan menegaskan peri penting peluang berlatih di luar negara bagi SAF.



"Saya menyaksikan sendiri menerusi latihan tembakan peluru hidup hari ini bagaimana SAF menggunakan peluang berlatih sangat berharga ini untuk melaksana latihan realistik dan rumit dan tidak boleh dilakukan di Singapura kerana ruangnya yang terhad.



"Latihan bersama Tentera AS ini bukan memperkukuh lagi kerjasama antara dua angkatan tentera ini, malah membolehkan SAF menetapkan ukurtaranya pada tahap mutu tentera luar negara," kata beliau.



Encik Zaqy menambah: "Semasa lawatan saya, saya menyaksikan kemahiran tinggi dan kerjasama kukuh antara anggota kita semasa mereka melakukan latihan tersebut.



"Saya yakin pada komitmen dan keupayaan mereka dalam mempertahankan Singapura jika mereka diseru berbuat demikian."



Latihan tahun ini ialah edisi kesembilan Latihan Daring Warrior, yang kali pertama diadakan pada 2010.



Mindef berkata latihan tersebut menegaskan semula hubungan pertahanan erat dan mendalam antara Singapura dan Amerika.



Kementerian itu juga mengatakan latihan SAF di Amerika menawarkan peluang sangat berharga bagi bertukar-tukar pandangan profesional antara dua angkatan bersenjata itu, memperkukuh kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan antara anggota.



Ruang latihan luas di Amerika juga membolehkan SAF melaksana latihan realisitik bagi menajamkan kemahiran dan kesediaan operasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >