Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Bahang cuaca di Choa Chu Kang cecah 36.3 darjah Celsius

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahang cuaca di Choa Chu Kang cecah 36.3 darjah Celsius

Mar 25, 2024 | 06:25 PM



Suhu di Choa Chu Kang mencecah 36.3 darjah Celsius pada 24 Mac, yang tertinggi pernah dialami Singapura sejauh ini pada 2024.

Menurut keterangan yang tertera di laman Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), cuaca panas membahang tersebut dirakam di estet kejiranan barat laut Singapura pada 2.41 petang.

Sebelum ini, suhu tertinggi yang dicatat pada 2024 ialah 36 darjah Celsius di Sentosa pada 13 Mac.

Dalam satu kenyataan pada 23 Mac, MSS berkata cuaca Singapura pada 2024 lebih panas daripada 2023 yang merupakan tahun keempat paling panas dalam sejarah Singapura sejak catatan suhu dibuat pada 1929.

Pada 13 Mei 2023, suhu maksimum harian tertinggi iaitu 37 darjah Celsius dirakam di Ang Mo Kio.

Hari tersebut bukan sahaja hari paling panas pada Mei tetapi suhu itu juga sama seperti yang dicatat pada 17 April 1983. Itulah suhu paling tinggi yang pernah terakam di Singapura.

Pakar kaji cuaca berkata bahawa suhu maksimum harian dijangka sekitar 34 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius pada kebanyakan hari sekitar separuh kedua Mac 2024. Ia mungkin juga meningkat pada hari di mana awan begitu kurang kelihatan.

Sehingga 4 petang, suhu tertinggi yang terakam pada 25 Mac ialah 35.4 darjah Celsius di Paya Lebar, jelas laman MSS.

Agensi berita melaporkan pada 22 Mac terdapat satu kematian dilaporkan kerana strok haba di Pahang manakala 27 kes lain yang dilaporkan pula berkaitan dengan penyakit yang bersangkutan dengan cuaca panas tidak menentu di Malaysia.

Cuaca panas dan kering ini pula turut menjejas ternakan dan tanaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >