Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Credit Suisse didenda $3.9j oleh MAS dek salah laku pengurus perhubungan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Credit Suisse didenda $3.9j oleh MAS dek salah laku pengurus perhubungan

Dec 28, 2023 | 04:37 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengenakan denda sivil $3.9 juta ke atas Credit Suisse, sebuah syarikat kewangan antarabangsa, kerana kegagalannya mencegah atau mengesan salah laku pengurus perhubungan di cawangannya di Singapura.

Credit Suisse membayar denda kepada pengawal selia itu serta-merta selepas ia dijatuhkan hukuman dan sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, ia turut memberi pampasan secara berasingan kepada pelanggan terjejas, kata MAS dalam satu kenyataan pada 28 Disember.

Pengurus perhubungan merujuk kepada pengurus perhubungan, penolong pengurus perhubungan, perunding pelaburan atau kakitangan kaunter pelaksanaan.

Pengurus perhubungan itu telah memberikan pelanggan pendedahan pasca dagangan yang tidak tepat atau tidak lengkap, menyebabkan pelanggan dikenakan bayaran pada dagangan jual-beli atau ‘spread’ dalam istilah pelaburan, yang melebihi kadar yang dipersetujui secara dua hala untuk 39 transaksi bon di kaunter.

Menurut laporan The Straits Times, apabila Credit Suisse mengendalikan transaksi sedemikian yang diminta oleh pelanggannya, ia mengenakan bayaran pada dagangan jual beli ke atas harga yang diperoleh daripada rakan niaga antara bank yang berkaitan.


Bagi sebahagian daripada 39 transaksi, pengurus perhubungan telah membuat kenyataan palsu kepada pelanggan tentang harga antara bank yang dilaksanakan, dagangan jual beli yang dikenakan bayaran atau kedua-duanya.

Mereka juga, dalam sebahagian kes, tidak memasukkan maklumat penting bahawa dagangan jual beli yang dikenakan bayaran adalah melebihi kadar yang dipersetujui.

Tindakan penguatkuasaan ke atas Credit Suisse itu menyusuli semakan oleh MAS mengenai amalan harga dan pendedahan dalam industri perbankan swasta.

Siasatan mendedahkan Credit Suisse gagal menetapkan kawalan mencukupi, seperti pemantauan pasca dagangan, untuk mencegah atau mengesan salah laku pengurus perhubungan.

Credit Suisse sejak itu telah memperkukuhkan kawalan dalamannya untuk menghalang berulangnya salah laku itu, kata MAS.

Bank itu juga mengakui liabiliti di bawah Seksyen 236C Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan 2001.

Seksyen tersebut menyatakan bahawa syarikat yang gagal menghalang atau mengesan pelanggaran yang dilakukan oleh pekerja atau pegawai untuk manfaatnya dan berpunca daripada kecuaiannya, dianggap melakukan pelanggaran dan boleh dikenakan perintah untuk denda sivil.

Cik Ho Hern Shin, timbalan pengarah urusan bagi penyeliaan kewangan di MAS, berkata institusi kewangan harus melaksanakan rangka kerja dan proses tadbir urus yang teguh bagi memastikan penetapan harga yang adil dan telus kepada pelanggan mereka.

“Kami akan terus mendekati bank untuk meningkatkan kawalan mereka dalam bidang ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap institusi kewangan yang didapati melanggar undang-undang kami,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >