Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu tunggal dapat bantuan agar ‘Rumah Sihat’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu tunggal dapat bantuan agar ‘Rumah Sihat’

Jan 29, 2024 | 06:05 PM



Sudah 10 tahun Cik Fifi Winainy Ahmad menghidapi kencing manis, hingga kaki kirinya dipotong di bawah lutut dan beliau kini berkerusi roda.

Namun, ibu tunggal berusia 46 tahun itu cekal menjalankan peranannya sebagai ibu, menjaga dua anak perempuan remajanya dan membuat kerja rumah.

Dalam keadaannya yang kurang berupaya, Cik Fifi mendapat sokongan sebuah inisiatif Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan Hospital Komuniti Jurong (JCH) – Rumah Sihat. Inisiatif itu, yang dimulakan pada Januari 2013, melibatkan pembersihan rumah penduduk kurang bernasib baik dan kurang upaya setahun sekali beberapa minggu sebelum Tahun Baru Cina.

Pada 27 Januari, sukarelawan kakitangan penjagaan kesihatan NTFGH dan JCH membersihkan flat tiga bilik Cik Fifi di Bukit Batok. Keluarga beliau juga mendapat bantuan kewangan daripada Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) dan beberapa palang pemegang, meja makan serta sofa sumbangan NTFGH.

Semasa Berita Harian berkunjung ke rumahnya, Cik Fifi berkongsi bahawa beliau bercerai daripada suami pertamanya manakala suami keduanya meninggalkan beliau tanpa sembarang berita.


Cik Fifi mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan berumur antara 13 dengan 25 tahun daripada suami pertamanya. Anak lelakinya kini tinggal bersama ibu bapa Cik Fifi di Tampines, manakala beliau membesarkan anak perempuannya.

Walaupun pergerakannya terhad, Cik Fifi mencekalkan hati menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu.

“Saya akan buat kerja rumah sendiri apabila mereka di sekolah. Saya akan buat perlahan-lahanlah. Macam suri rumah lain, saya masak, semua saya buat. Cuma yang berat-berat, saya tak mampulah. Apa yang saya boleh buat, saya buat,” ujar Cik Fifi, yang sekarang tidak bekerja.

Rumah Cik Fifi antara 18 isi rumah di lapan kawasan pilihan raya di barat, seperti Jurong East, Boon Lay, Bukit Batok dan Clementi, yang mendapat bantuan Rumah Sihat.

Seorang jururawat klinik NTFGH, Cik Anis Fitri Amirrudin, 35 tahun, antara sekitar 150 sukarelawan yang menjayakan inisiatif tersebut.

“Sebagai sukarelawan, kami bukan membersihkan rumah mereka saja, malah membantu memeriksa ubat-ubatan mereka,” ujar Cik Anis.

Membantu menyediakan tempat tinggal selesa dan selamat bagi golongan memerlukan mendorong beliau menyumbang tenaga dan masanya.







Ketua eksekutif NTFGH, Dr Quek Lit Sin, berkata: “Sebagai pekerja penjagaan kesihatan, kami bukan sahaja mengemas dan membersihkan rumah. Kami juga menyediakan pendidikan kesihatan serta nasihat pengurusan ubat-ubatan dan pencegahan jatuh bagi memastikan penduduk hidup dalam persekitaran selamat dan sihat...”

Sepanjang sedekad lalu, lebih 1,500 kakitangan penjagaan kesihatan NTFGH dan JCH telah menyumbang lebih 6,000 jam untuk membersihkan kira-kira 110 rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >