Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kipas hibrid, tempat letak basikal bawah tanah antara ciri baru stesen TEL4

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kipas hibrid, tempat letak basikal bawah tanah antara ciri baru stesen TEL4

May 04, 2024 | 06:03 PM



Kipas penyejuk hibrid baru telah dipasang di semua stesen MRT di sepanjang Laluan Thomson-East Coast Peringkat 4 (TEL4) untuk memastikan suhu di platform kereta api kekal pada tahap yang selesa bagi penumpang sambil mengurangkan penggunaan tenaga.

Yang pertama dalam rangkaian rel Singapura, kipas penyejuk hibrid ini – terletak di platform tujuh stesen TEL4 dari Tanjong Rhu ke Bayshore – akan digunakan bersama alat hawa dingin untuk meningkatkan peredaran udara dan mengurangkan keperluan menurunkan suhu alat hawa dingin, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Buat pertama kali juga, kawasan tempat letak basikal bawah tanah telah disediakan di tiga stesen di sepanjang laluan baru itu - Marine Terrace, Marine Parade dan Bayshore - supaya penunggang basikal boleh menyimpan basikal masing-masing sebelum meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan penumpang bagi TEL4 akan bermula pada 23 Jun.

Kebanyakan platform kereta api di stesen TEL4 mempunyai dua kipas berdiri setiap satu, namun stesen Katong Park hanya mempunyai kipas di siling.

Kipas penyejuk hibrid ini juga akan dipasang pada tahap kelima dan terakhir pembangunan TEL yang terdiri daripada stesen Bedok South dan Sungei Bedok, serta tahap keenam pembangunan Circle Line (CCL), dengan penambahan stesen Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road.

Kedua-dua TEL Peringkat Lima dan CCL Peringkat Enam dijadualkan siap menjelang 2026.

Sistem penyejukan hibrid yang serupa akan dipasang pada Laluan Rentas Pulau-Punggol – yang terdiri daripada stesen Punggol, Riviera, Elias dan Pasir Ris – yang akan siap menjelang 2032.

Dalam pada itu, tempat letak basikal bawah tanah di TEL4 menawarkan 770 ruang secara keseluruhannya, dengan 202 ruang di stesen Marine Terrace, 364 ruang di stesen Marine Parade dan 204 ruang di stesen Bayshore.

Ketiga-tiga stesen ini terletak berhampiran East Coast Park. LTA berkata tempat letak basikal bawah tanah akan membantu meningkatkan ketersambungan jarak jauh bagi kebanyakan penunggang basikal.

Dua lif basikal yang masing-masing boleh memuatkan empat hingga lima basikal dan penunggangnya terdapat di stesen Marine Terrace dan Bayshore untuk membawa penunggang basikal turun dari aras jalan ke tempat letak basikal bawah tanah.

Penumpang juga boleh menggunakan tujuh stesen TEL4 secara percuma dari 10 pagi hingga 9 malam pada 21 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >