Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Lebih banyak kemudahan mesra warga emas untuk flat HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kemudahan mesra warga emas untuk flat HDB

Mar 05, 2024 | 08:11 PM



Paip bidet di tandas, palang bantu pergerakan yang boleh dilipat serta pintu masuk tandas yang lebih rendah merupakan antara pilihan kemudahan mesra warga emas lebih luas yang akan ditawarkan mulai 1 April di bawah program Penambahbaikan Kediaman bagi Warga Emas Aktif 2.0 (Ease).

Buat masa ini, isi rumah dengan warga emas boleh memasang kemudahan tanjakan atau ramp untuk pintu masuk dan lantai tandas yang tidak licin di flat HDB dengan kos lebih rendah di bawah program itu.


Pemilik rumah boleh memilih kemudahan yang diinginkan dan membayar antara 5 dengan 12.5 peratus kos tersebut, bergantung kepada jenis flat mereka, dengan baki kos dibiayai pemerintah.

Untuk memanfaatkan bantuan di bawah inisiatif tersebut, sekurang-kurangnya seorang anggota isi rumah perlu berusia 65 tahun ke atas atau berusia 60 hingga 64 tahun dan perlu dibantu dalam melakukan kegiatan kehidupan harian seperti mandi atau memakai baju.

Kes maklum balas perbandaran ditutup hanya setelah kes
benar-benar selesai

Kes maklum balas perbandaran mudah yang dikemukakan melalui wadah OneService hanya akan ditutup apabila isu tersebut betul-betul selesai, lengkap dengan bukti gambar bahawa sesuatu telah dilakukan.

Ini akan diusahakan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) bersama agensi lain untuk menutup kes maklum balas perbandaran mudah yang dikemukakan melalui wadah OneService hanya apabila isu tersebut betul-betul selesai dengan bukti gambar bahawa sesuatu telah dilakukan.

Saluran OneService dari MSO – termasuk aplikasi OneService dan LifeSG dan Kaki Chatbot – digunakan untuk isu kejiranan seperti maklum balas kebersihan, prasarana atau isu serangga.

Buat masa ini, agensi-agensi akan menutup kes-kes mudah – seperti kejadian membuang sampah dan penyenggaraan prasarana – sebelum kerja-kerja tersebut diselesaikan, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.

Undang-undang lebih ketat,
teknologi bagi tangani masalah
bunyi bising di flat

Pasukan yang ditugaskan menangani kes bunyi bising teruk antara jiran di flat kini menguji penggunaan sensor bunyi di peringkat awal bagi mengumpul bukti gangguan bunyi bising yang berpanjangan.

Unit tersebut di bawah Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO), yang juga sebahagian daripada MND, akan menggunakan “undang-undang dan teknologi lebih kukuh” untuk menyiasat kes-kes tersebut.

Unit itu juga akan mengambil tindakan terhadap penduduk yang bersalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >