Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki yang terjun dari banglo semasa serbuan dipenjara 14 bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki yang terjun dari banglo semasa serbuan dipenjara 14 bulan

Apr 04, 2024 | 07:06 PM



Warga Cyprus, Su Haijin, yang terjun dari balkoni di tingkat dua sebuah banglo semasa serbuan polis, didapati bersalah terlibat dalam pengubahan wang haram dan menentang semasa cuba ditahan.

Pada 4 April, lelaki berusia 41 tahun itu, yang menghadapi 14 tuduhan, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Su adalah yang kedua daripada 10 warga asing yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman kerana terlibat dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menentang semasa cuba ditahan dan dua tuduhan pengubahan wang haram.

Tuduhan pengubahan wang haram itu menyatakan Su memiliki lebih $1.4 juta, yang disyaki adalah hasil jenayah dalam akaun milik syarikat Yihao Cyber ​​Technologies yang disimpan di bank DBS dan UOB.

Sebanyak 11 tuduhan lain diambil dalam pertimbangan semasa hukuman itu dijatuhkan, lapor The Straits Times (ST).


Wang tunai dan aset bernilai lebih $3 bilion telah dirampas berhubung kes itu setakat ini.

Pihak pendakwaan, yang meminta hukuman penjara 12 hingga 15 bulan bagi Su, berkata dia ingin melucutkan haknya terhadap aset bernilai lebih $150 juta, atau 90 peratus asetnya kepada negara.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Jean Ting berkata asetnya yang dirampas bernilai sekitar $170 juta.

Peguam bela Julian Tay meminta hukuman penjara tidak lebih 11 bulan untuk Su, sambil berkata aset anak guamnya yang telah dirampas, termasuk 13 hartanah bernilai sekitar $91 juta dan kesemua wang dalam akaun banknya yang berjumlah sekitar $45 juta.

Beliau menambah bahawa secara keseluruhan, aset bernilai lebih $165 juta telah diserahkan kepada pihak berkuasa secara sukarela, termasuk jongkong emas, patung mainan Bearbricks yang merupakan barangan koleksi, minuman keras dan barang kemas.

Peguam bela itu berkata: “Dia telah menyerahkan lebih daripada apa yang dirujuk dalam pertuduhan, oleh itu (usahanya) harus dihargai dengan sewajarnya.”

Su, yang berasal dari China, hadir di mahkamah melalui pautan video. Dia mendengar tanpa ekspresi ketika kenyataan fakta dibacakan kepadanya.

Dia telah ditahan reman selama lapan bulan sejak ditangkap pada 15 Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >