Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

LTA tahan dua pemandu tawar khidmat pengangkutan S’pura–M’sia tanpa lesen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA tahan dua pemandu tawar khidmat pengangkutan S’pura–M’sia tanpa lesen

Mar 07, 2024 | 05:43 PM



Dua pemandu telah ditahan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kerana menawarkan khidmat pengangkutan swasta rentas sempadan antara Singapura dengan Malaysia, secara haram.

LTA berkata kedua-dua individu itu ditahan sewaktu menjalankan operasi penguatkuasaan baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di Facebook pada 7 Mac, LTA berkata ia memandang serius terhadap kesalahan tersebut.

Penguasa itu menambah ia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang melanggar undang-undang tersebut.

Mereka yang menawarkan khidmat pengangkutan sewa bagi ganjaran secara haram, termasuk khidmat rentas sempadan tanpa Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVL) yang sah boleh didenda sehingga $3,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Kenderaan terbabit juga boleh dirampas, kata LTA.

Penguasa itu juga menasihatkan, agar penumpang elak daripada menggunakan perkhidmatan itu demi keselamatan mereka sendiri.

LTA berkata, selain ia satu perbuatan haram, kenderaan yang digunakan itu mungkin tidak mempunyai liputan insurans yang cukup terhadap liabiliti pihak ketiga.

Ini boleh mendatangkan masalah serius bagi penumpang jika berlakunya kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >