Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Meneruskan tradisi acara korban tempatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Meneruskan tradisi acara korban tempatan

May 10, 2024 | 05:30 AM



Salah satu ibadah yang diraikan umat Islam ialah korban pada Hari Raya Aidiladha, yang merupakan satu bentuk ketaatan kepada Allah swt. Peluang ibadah korban ini membuka kesempatan kepada seluruh Muslim berkemampuan agar turut berkongsi rezeki dengan masyarakat Islam memerlukan.


Bersama-sama rasa kepedulian, Persatuan Muhammadiyah menyediakan beberapa cara utama untuk masyarakat Islam menyempurnakan ibadah korban bersamanya, sama ada pemilihan Korban Tempatan, Korban Antarabangsa dan Kembara Korban ke Medan, Indonesia.

Persatuan Muhammadiyah mengajak masyarakat Islam menyertai semangat korban, akikah dan nazar secara langsung di Singapura dengan memilih pakej Korban Tempatan yang bernilai $667 bagi seekor kambing biri-biri.

Bermula tahun 2023, Persatuan Muhammadiyah telah membuka semula penyertaan ibadah korban dalam negara di Pusat Muhammadiyah di 14 Jalan Selamat buat kali pertama sejak Covid-19 melanda dunia.

Dengan sokongan masyarakat, sebanyak 100 kambing biri-biri telah disembelih pada tahun 2023. Tahun ini pula, Persatuan Muhammadiyah bercadang melakukan ibadah korban di pekarangan terbuka sekitar premis Tadika Muhammadiyah di 66 Jalan Lapang, yang terletak di seberang jalan dari Pusat Muhammadiyah.

“Seperti tahun-tahun sudah, Muhammadiyah akan mengendalikan ibadah korban di Singapura pada Hari Raya Aidiladha ini. Ia merupakan komitmen Muhammadiyah sejak sekian lamanya demi memastikan syiar ibadah korban berterusan dapat diamalkan serta dihayati dan untuk golongan kurang berkemampuan dapat menikmati daging korban yang segar disembelih dan dibahagi-bahagikan di sini,” kata Ustaz Muhammad Azri Azman, Presiden Persatuan Muhammadiyah.

Korban, akikah dan nazar peringkat antarabangsa pula melibatkan penyembelihan daging dari Australia iaitu kambing ($335), kambing biri-biri ($310) dan lembu berharga $315 bagi satu daripada tujuh bahagian atau $2,190 bagi seluruh bahagian.

Orang ramai juga boleh memilih korban Australia yang melibatkan pengagihan daging di Palestin dan Singapura.

Anda juga boleh memilih pelaksanaan pakej korban di luar negara bersama negara-negara terpilih seperti Indonesia, Kemboja, Sri Lanka, atau Uganda. Pengagihan daging korban ini akan diadakan secara besar-besaran kepada masyarakat tempatan di setiap negara tersebut.

Lebih istimewa lagi, umat Islam di Singapura juga berpeluang menyaksikan pengalaman penyembelihan ibadah korban secara langsung di Medan, Indonesia. Daya usaha terbaru yang ditawarkan sempena musim korban ini merupakan satu kerjasama dengan rakan kongsi pelancongan, Iman Travel & Services.

Pakej Kembara Korban ke Medan selama empat hari lima malam itu termasuk penginapan di hotel empat bintang, tiket penerbangan dan pengagihan daging korban di pesantren terpilih. Bagi sesiapa yang ingin menjalankan korban dalam kembara ini, caj tambahan sebanyak $150 akan dikenakan bagi seekor kambing.

MAKLUMAT KORBAN


+ Pendaftaran korban boleh dilakukan secara dalam talian di https://muhammadiyah.org.sg/qurban2024/

+ Persatuan Muhammadiyah telah melantik Massoc Group Pte Ltd untuk menguruskan semua ibadah korban di luar negara. Anda akan diarahkan ke laman web rasminya untuk membuat pesanan.

+ Tarikh tutup pendaftaran 10 Jun 2024.

+ Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 6242-7388.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >